Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/395609
Title: Perubahan senario global pendidikan tinggi
Authors: Mohamed Khaled Nordin
Conference Name: Seminar Pengurusan Akademik IPT SPA@IPT
Keywords: Pendidikan tinggi
Institusi Pengajian Tinggi (IPT)
Transformasi Ekonomi ASEAN
Graduan
Modal insan
Conference Date: 22/08/2008
Conference Location: Hotel Bayview, Pulau Langkawi
Abstract: Perubahan-perubahan dinamik di dalam senario pengajian tinggi di seluruh dunia memerlukan perubahan drastik di dalam institusi pengajian tinggi Malaysia. Sekiranya Malaysia ingin menjadi hab/pusat (hub) kecemerlangan pendidikan tinggi ; yang akhirnya mengeluarkan modal insan bermentaliti kelas-pertama, kita perlu memeriksa isu-isu seperti kualiti graduan dan kebolehpasaran (employability), ranking institusi-institusi di peringkat dunia dan permintaan umum terhadap institusi-institusi pengajian tinggi memandangkan semua ini akan memberi kesan ke atas pencapaian aspirasi nasional. Sejak mencapai kemerdekaan, Malaysia telah menyaksikan pembangunan fasa-fasa utama Transformasi Ekonomi ASEAN. Fasa-fasa berkenaan memainkan peranan yang penting dalam memandu langkah ke arah pembangunan negara yang berdaya saing. Dari segi fokus dan orientasi, sekiranya era 1960an - 1970an lebih berorientasikan buruh, dan 1980an - 1990an lebih berorientasikan modal, maka di alaf baru di mana ekonomi lebih sejagat (globalize) dan pelbagai, ekonomi sangat berorientasi dan berfokuskan pengetahuan. lni bermakna bahawa daya saing sesebuah negara dan kejayaan di arena global akan bergantung kepada pengetahuan yang dimiliki dan inovasi yang dihasilkan. Kedua-dua faktor ini diletakkan sebagai tugas/tanggungjawab institusi-institusi pengajian tinggi (IPT) yang mengeluarkan tenaga kerja masa depan kita. Mereka mesti bersedia untuk menghadapi realiti-realiti baru ini, dan satu pendekatan yang perlu diambil bagi menangani cabaran-cabaran ini adalah melalui suatu transformasi yang holistik, berstruktur dan strategik.
Call Number: LA1238.S457 2008 sem
Publisher: Bahagian Pengurusan Akademik, USM dan Unit Latihan, Jabatan Pendaftar USM
Appears in Collections:Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.