Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/395606
Title: | Bahasa Arab untuk Tujuan Khas (BAUTK) sebagai wahana melahirkan mahasiswa muslim bersepadu |
Authors: | Anzaruddin Ahmad |
Conference Name: | Seminar Serantau Pendidikan Tinggi Islam : Cabaran dan Prospek |
Keywords: | Bahasa Arab untuk Tujuan Khas (BAUTK) Mahasiswa muslim bersepadu Bahasa Arab (BA) Al-Quran Al-Hadith |
Conference Date: | 14/04/2009 |
Conference Location: | Hotel Grand Blue Wave, Shah Alam, Selangor |
Abstract: | Golongan mahasiswa muslim yang berpegang teguh dengan ajaran Islam adalah generasi harapan umat. Di atas bahu merekalah terpikulnya tanggungjawab untuk merubah masyarakat menuju keredhaan Allah. Ini kerana mereka masih muda dan sangat berpotensi untuk digilap sebagai pemimpin umat yang dapat membangunkan masyarakat dan negara dari segi fizikal dan spiritual. Bagi mempersiapkan golongan mahasiswa di Malaysia menjadi pemimpin masa depan, penulis meyakini tiada pilihan lain bagi mereka kecuali membangunkan budaya penghayatan al-Quran dan al-Hadith dalam diri mereka terlebih dahulu, sebelum memancarkannya kepada orang lain. Bertolak dan keyakinan bahawa para pemimpin yang hebat adalah mereka yang hebat menurut acuan wahyu, maka kertas ini ditulis untuk meyedarkan golongan mahasiswa tentang keperluan menguasai Bahasa Arab (BA) untuk tujuan mempelajari Islam melalui perantaraan al-Quran dan al-Hadith. Hal ini demikian kerana berdasarkan pengalaman dan pemerhatian, penulis mendapati rata-rata golongan mahasiswa di Malaysia masih belum menyedari kepentingan mempelajari dan menguasai al-Quran dan al-Hadith melalui BA yang merupakan bahasa kedua-dua sumber wahyu itu. Fenomena ini perlu dipandang serius kerana golongan mahasiswa yang bersikap dingin terhadap kepentingan mempelajari dan menguasai BA, hakikatnya masih jauh daripada panduan al-Quran dan al-Hadith itu sendiri. Sebagai natijah, banyak berlaku penyelewengan mereka para mahasiswa ini menjalani kehidupan sehari-hari. Justeru itu, apa yang perlu dilakukan dalam pembangunan golongan mahasiswa bersepadu pada hari ini ialah usaha untuk menyedarkan mereka tentang kepentingan mempelajari dan menguasai BA sebelum mereka menjadi juru bicara dan pemimpin ummah. Dalam kertas ini penulis mengemukakan beberapa cadangan segera yang boleh dilakukan bagi menangani isu ini. |
Call Number: | LC910.M4S463 2009 sem |
Publisher: | Pusat Kefahaman dan Pemikiran Islam, UiTM Shah Alam, Selangor |
Appears in Collections: | Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding |
Files in This Item:
There are no files associated with this item.
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.