Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/395605
Title: Pengaruh Al-Azhar terhadap pendidikan tinggi Islam di Malaysia
Authors: Farid Mat Zain
Kaseh Abu Bakar
Napisah Karimah Hj. Ismail
Conference Name: Seminar Serantau Pendidikan Tinggi Islam : Cabaran dan Prospek
Keywords: Pendidikan Islam
Universiti Cordova
Al-Azhar
Pendidikan tinggi Islam
Conference Date: 14/04/2009
Conference Location: Hotel Grand Blue Wave, Shah Alam, Selangor
Abstract: Pendidikan adalah agenda yang penting dalam Islam kerana la adalah pemangkin utama dalam pembentukan sebuah generasi. Bertitik tolak daripada wahyu pertama yang diturunkan oleh Allah s.w.t. yang menggesa manusia supaya membaca menjadi asas kepada pembentukan ilmu yang seiring dengan proses perkembangan Islam. Sistem pengajian yang berbentuk halaqah menjadi tradisi para sahabat dalam meningkatkan ilmu pengetahuan dan mengukuhkan penghayatan Islam dengan menjadikan masjid sebagai institusi pengajian. Menurut Stanton (1990), negara-negara Islam telah mempunyai sistem pendidikan tinggi yang canggih dan budaya intelektual yang tinggi sekitar abad ke-9 hingga ke-11. Sementara negara-negara Eropah, sehingga abad ke-12, masih belum mengenali sistem pendidikan tinggi yang sistematik. Antara institusi yang dibangunkan ialah Nizamiyah, Bait al-Hikmah, Dar al-???Ilm dan Mustansiriyah di Baghdad serta institusi lain di Naisabur, Jurusalem, Qairawan dan Cordova. Dalam sejarah Islam, institusi pengajian tinggi yang bertaraf universiti ditubuhkan ialah al-Azhar di Mesir, Qairawan di Fez, Maghribi dan Universiti Cordova di Andalus. AI-Azhar pada asalnya merupakan sebuah masjid yang sejak awal kewujudannya telah terdapat halaqah pengajian. Selain melaksanakan ibadat, generasi awal Islam jua memahami bahawa masjid hendaklah berfungsi sebagai institusi pengajian, mahkamah, dewan mesyuarat dan tempat singgahan para musafir. Perkataan `Jami???ah' yang bererti universiti dalam bahasa Arab telah diasosiasikan dengan masjid yang menjadi pusat kegiatan keilmuan pada peringkat awal perkembangan Islam (Shalaby 1973: 43). Pembentukan madrasah pula adalah kerana ketika pembelajaran berlaku di masjid, terdapat perbincangan yang berlaku antara pihak guru dan pelajar yang suara-suara perbincangan mereka itu merentas keluar hingga mengganggu orang yang sedang beribadat. Oleh kerana itu, sebuah institusi lain diperlukan agar peranannya hanyalah sebagai tempat menimba ilmu. Namun, peranan masjid sebagai tempat menuntut ilmu tetap diteruskan dengan menggunakan ruang yang lebih khusus (Shalaby 1973: 84). Makalah akan membicarakan tentang pendidikan Islam di al-Azhar dan pengaruhnya terhadap pendidikan tinggi Islam di Malaysia.
Call Number: LC910.M4S463 2009 sem
Publisher: Pusat Kefahaman dan Pemikiran Islam, UiTM Shah Alam, Selangor
Appears in Collections:Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.