Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/395603
Title: | Pendidikan Islam di institut pengajian tinggi awam: cabaran dan prospek |
Authors: | Farahwahida Mohd Yusof Arieff Salleh Rosman |
Conference Name: | Seminar Serantau Pendidikan Tinggi Islam : Cabaran dan Prospek |
Keywords: | Sistem pendidikan Islam Pendidikan Islam Institusi Pengajian Tinggi (IPT) |
Conference Date: | 14/04/2009 |
Conference Location: | Hotel Grand Blue Wave, Shah Alam, Selangor |
Abstract: | Islam adalah agama yang meletakkan pendidikan atau ilmu pengetahuan di tempat yang tinggi. ini jelas diperlihatkan melalui penurunan, ayat pertama al-Quran dalam surah al-'Alaq ayat 1 hingga 5. Secara langsung menampakkan pengiktirafan Islam kepada pembudayaan ilmu pengetahuan yang menjadi alat penting kepada kemajuan dan kebahagiaan rohani mahupun jasmani umat. Melalui pendidikan, Islam berjaya membangunkan satu tamadun yang cemerlang dalam peradaban manusia. Kemunculan tokoh-tokoh ilmuan Islam seperti al-Ghazali, Ibn Sina, Ibn Khaldun dan Ibn Rushd tidak dapat disangkal lagi bahkan sehingga hari ini, dunia Barat masih mengiktiraf ketokohan ilmuan Islam ini. Walaupun dunia hari ini cuba menafikan hakikat kecemerlangan tamadun Islam tetapi bukti yang ditinggalkan sukar untuk dipadam, bahkan ia semakin diakui oleh kebanyakan sarjana Barat. Ternyata sistem pendidikan Islam melalui madrasah Rasulullah s.a.w berjaya melahirkan individu yang keperibadiannya dibentuk oleh al-Quran sehingga melahirkan sebuah daulah dan tamadun yang disegani. Walau bagaimanapun, dewasa ini pendidikan Islam era globalisasi dan pasca moden, berdepan dengan, cabaran yang berat. Pendidikan Islam memainkan peranan yang penting dalam membangunkan sahsiah diri individu sebagaimana yang dituntut oleh agama bagi memenuhi keperluan individu, masyarakat mahupun negara. .Ia bukan sekadar terhad di peringkat rendah malahan berterusan ke peringkat tinggi. Kesinambungan kurikulum yang dibina bertujuan memastikan tujuan dan matlamat pendidikan Islam berjaya dicapai walaupun tidak dinafikan ia perlu dikernaskini dan dipinda dan semasa ke semasa, sesuai dengan tuntutan semasa. Dalam usaha kerajaan memperkasa pendidikan Islam, ibu bapa, guru, masyarakat serta pemimpin sedang berdepan dengan kemelut kebejatan moral yang di peringkat melanda anaka-anak peringkat rendah mahupun menengah. Lebih rnernbirnbangkan keruntuhan moral ini turut melibatkan golongan ikhtisas dan ilmuan lepasan Institusi Pengajian Tinggi (IPT). Adalah tidak dinafikan bahawa IPT; awam mahupun swasta di negara ini telah berjaya mengeluarkan ratusan ribu graduan dalam pelbagai bidang, akan tetapi perlu diingat bahawa golongan ilmuan ini juga turut terlibat dalam masalah rasuah , moral serta jenayah kolar putih. Segala permasalahan yang kompleks ini hanya dapat diatasi melalui kembali kepada ajaran al-Quran dan sunnah Rasulullah s.a.w. Allah S.W.T telah membina sebuah sistem yang membolehkan manusia hidup di dalamnya dengan aman, sejahtera dan selamat dan mewahyukan semua petunjuk ini di dalam al-Quran sebagaimana maksud firman-Nya ???Kami turunkan kepada kamu al-kitab (al-Quran) untuk menjelaskan segala sesuatu dan petunjuk serta rahmat dan khabar gembira bagi Muslimin.??? (Surah al-Nahl: 89) |
Call Number: | LC910.M4S463 2009 sem |
Publisher: | Pusat Kefahaman dan Pemikiran Islam, UiTM Shah Alam, Selangor |
Appears in Collections: | Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding |
Files in This Item:
There are no files associated with this item.
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.