Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/395599
Title: | Pendidikan Islam tradisional: relevensi dengan keperluan semasa |
Authors: | Abdul Basit Hj. Abd Rahman |
Conference Name: | Seminar Serantau Pendidikan Tinggi Islam : Cabaran dan Prospek |
Keywords: | Pendidikan Islam Pendidikan Islam tradisional Pembangunan manusia |
Conference Date: | 14/04/2009 |
Conference Location: | Hotel Grand Blue Wave, Shah Alam, Selangor |
Abstract: | Pendidikan dan pembangunan manusia adalah suatu yang tidak dapat dipisahkan sama sekali, kerana pendidikan adalah alat untuk membangun manusia. Manusia yang dibekalkan oleh Allah Taala dengan pelbagai kemampuan lahir dan batin tidak dapat membina pembangunan hidupnya sekiranya tidak dididik. Pendidikan adalah proses pembinaan manusia secara menyeluruh, iaitu proses memupuk dan mengembang seluruh potensi manusia; baik spiritual, mental mahupun fizikal. Pendidikan merupakan sistem untuk meningkatkan kualiti hidup manusia dalam segala aspek kehidupan. Dalarn sejarah umat manusia, hampir tidak ada kelompok manusia yang tidak menggunakan pendidikan sebagai alat pembudayaan dan peningkatan kualitinya. Pendidikan diperlukan untuk menyiapkan manusia demi menunjang peranannya di masa hadapan. Usaha pendidikan yang dilakukan oleh suatu bangsa memiliki hubungan yang signifikan dengan kemajuan bangsa tersebut di masa depan. Pendidikan merupakan proses budaya untuk meningkatkan taraf dan martabat manusia yang berlangsung sepanjang hayat. Pendidikan selalu berkernbang, dan selalu dihadapkan pada perubahan zaman. Untuk itu, mahu atau tidak, pendidikan harus dibentuk mengikuti irama perubahan tersebut, apabila pendidikan tidak dibentuk pendidikan mengikuti irama perubahan, maka pendidikan akan ketinggalan dengan lajunya perkembangan zaman itu sendiri. |
Call Number: | LC910.M4S463 2009 sem |
Publisher: | Pusat Kefahaman dan Pemikiran Islam, UiTM Shah Alam, Selangor |
Appears in Collections: | Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding |
Files in This Item:
There are no files associated with this item.
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.