Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/395591
Title: Membangun pendidikan tinggi Islam swasta di Selatan Thailand: cabaran dan prospek
Authors: Ahmad Omar Chapakia
Conference Name: Seminar Serantau Pendidikan Tinggi Islam : Cabaran dan Prospek
Keywords: Pendidikan tinggi Islam
Selatan Thailand
Patani
Kolej Islam Yala
Yala Islamic University
Conference Date: 14/04/2009
Conference Location: Hotel Grand Blue Wave, Shah Alam, Selangor
Abstract: Selatan Thailand yang di kenali dengan Patani pada masa dahulu adalah kawasan nageri yang banyak melahirkan para ulama, sejarah mencatatkan bahawa ulama Patani berjaya membangun pondok sebagai model pendidikan Islam yang terulong dan termasyhur di Patani dan di Nusantara. Pondok berperanan penting dalam membangun asas tamadun Islam di Patani dan berjaya mengangkatkan martabat Patani sebagai salah satu pusat tamadun Islam terbilang di rantau ini. Dengan berlaku konflik politik di selatan, pondok di lihat sebagai pusat pengembangan agama dan benteng pertahanan budaya Melayu Islam yang bercanggah dengan dasar kerajaan yang memerintah, maka pondok turut di jadikan sasaran penting kepada perubahan politik di Selatan. Pondok berubah wajah menjadi Madrasah Agama, namun begitu Madrasah turut berperanan sebagai pusat pendidikan Islam yang sesuai dengan zamannya dan berkembang maju mengikut salurannya, perkembangan dan pembiakan Madrasah itu menimbulkan hasrat dan usaha menubuhkan institut pendidikan tinggi yang di namakan Kolej atau Universiti. Berdasarkan kepada hasrat dan cita-cita umat ini, timbul usaha dan perjuangan gigih para Sarjana dan Ilmuan Islam generasi muda yang berkerjasama dengan banyak pihak, telahpun berjaya menubuhkan Kolej Islam Yala sebagai pusat pendidikan tinggi Islam swasta yang pertama dan yang tunggal di Thailand. Kemudian, kolej ini berkembang status menjadi universiti yang berdaftar rasmi dengan nama Yala Islamic University dan ringkasannya YIU. Maqalah ini adalah untuk melihat bagaimana cabaran yang dihadapi oleh YIU @ Universiti Islam Yala sebagai institusi pendidikan tinggi Islam swasta tunggal yang berada dalam negara yang bukan Islam dan bagaimana prospek dan arah masa depannya.
Call Number: LC910.M4S463 2009 sem
Publisher: Pusat Kefahaman dan Pemikiran Islam, UiTM Shah Alam, Selangor
Appears in Collections:Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.