Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/395587
Title: Realiti perlaksanaan kurikulum pendidikan Islam
Authors: Mohd Asri Abdullah
Mohd Nor Mamat
Ezani Yaakub
Zulekha Yusoff
Conference Name: Seminar Serantau Pendidikan Tinggi Islam : Cabaran dan Prospek
Keywords: Pendidikan Islam
IPTA Malaysia
Conference Date: 14/04/2009
Conference Location: Hotel Grand Blue Wave, Shah Alam, Selangor
Abstract: Pendidikan Islam di Malaysia bermula secara formal melalui sistem pengajian al-Qur'an dan kelas-kelas fardu ain sejak awal penyebaran Islam di zaman Kesultanan Melayu Melaka diikuti kewujudan sekolah sekolah pondok madrasah dan diikuti dengan sekolah-sekolah agama. Kini, pendidikan Islam di Malaysia berkembang ke semua jenis sekolah, maktab perguruan dan institusi pengajian tinggi. Realiti perkembangan ini menunjukkan tahap keperluan masyarakat yang semakin sedar bahawa pendidikan bukan sahaja untuk mengisi ilmu pengetahuan duniawi yang terpisah tetapi perlu ada ilmu suluhan wahyu agar lebih berkesan. Persoalan sosial adalah antara gejala negatif yang kian menular dan semakin serius dan ini boleh diselelsaikan dengan model pendidikan Islam yang multi dimensi yang mengasaskan tamadun manusia berasaskan sumber manusia sepadu dan berilmu. Kajian ini akan meneliti tahap perkembangan Pendidikan Islam di IPTA Malaysia. Pada umumnya pihak IPTA melihat Pendidikan Islam sebagai satu kursus yang terpisah dan kurang nilai komersil. Inilah yang sering menjadi persoalan dan ukuran umum yang diberikan terhadap realiti kursus pendidikan Islam. Dari segi sejarah dan bentuk pelaksanaan yang dipraktikkan di IPTA adalah berbeza mengikut perspektif dan penerimaan pihak untversiti itu sendiri. Penyelidikan ini berjaya mencapai beberapa rumusan dan penemuan yang signifikan terhadap hipotesis yang telah dibuat. Beberapa penemuan signifikan berkaitan persepsi, senario perlaksanaan kurikulum pendidikan Islam di IPTA dan prospek masa depan serta solusi ke arah merangka pemantapan perlaksanaannya pada masa depan. Penyelidikan ini menggariskan lima rumusan dan penemuan penting hasil daripada penyelidikan yang dijalankan dengan lima langkah cadangan susulan untuk diaplikasi pada masa depan.
Call Number: LC910.M4S463 2009 sem
Publisher: Pusat Kefahaman dan Pemikiran Islam, UiTM Shah Alam, Selangor
Appears in Collections:Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.