Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/395511
Title: | Peranan kursus pengajian umum dalam pembangunan kemahiran insaniah : pengalaman UiTM |
Authors: | Muhamad Rahimi Osman |
Conference Name: | Pengajian Umum : Satu Penilaian Semula |
Keywords: | Pengangguran siswazah Kebolehpasaran graduan Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kemelesetan ekonomi Kemahiran insaniah |
Conference Date: | 21/01/2010 |
Conference Location: | Hotel Palm Garden, IOI Resort, Putrajaya |
Abstract: | Kebolehpasaran graduan sudah menjadi satu isu nasional berikutan meningkatnya arah aliran pengangguran siswazah khususnya setiap kali berlaku kemelesetan ekonomi. Faktor utama yang mempengaruhi kebolehpasaran graduan adalah kesepadanan kernahiran yang dimiliki graduan dengan keperluan industri. Kemahiran yang diberikan keutamaan oleh pihak industri dan majikan dalam pemilihan siswazah sebagai bakal pekerja bukan sahaja kemahiran bidang teras yang menjadi pengkhususan pelajar baik secara teori dan praktikal, tetapi ianya merangkumi berbagai aspek kemahiran insaniah (soft skill) seperti kemahiran dan kebertanggungjawaban sosial, kemahiran komunikasi, kepimpinan dan kerja berpasukan, penyelesaian masalah dan kemahiran saintifik serta kemahiran mengurus dan keusahawanan serta memiliki akhlak dan bersikap profesional. Oleh itu, penggubalan kurikulum pendidikan tinggi hendaklah menitikberatkan elemen kemahiran insaniah bagi menjana sumber tenaga manusia yang profesional dan bersifat kontemporari dan dapat diterima oleh semua pihak sama ada di dalam negara mahupun di peringkat antarabangsa. Kertas kerja akan menjelaskan pelaksanaan kursus pengajian umum (kursus universiti) di Universiti Teknologi MARA (UiTM) yang merangkumi tiga komponen kursus iaitu pendidikan dan tamadun Islam, bahasa Inggeris dan bahasa ketiga serta kokurikulum. |
Call Number: | LC980.D535 2010 sem |
Publisher: | Pusat Pengajian Umum, Universiti Kebangsaan Malaysia |
Appears in Collections: | Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding |
Files in This Item:
There are no files associated with this item.
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.