Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/395498
Title: | Karya-karya pilihan Abdullah Hussain dianalisis dengan teori sastera autobiografik |
Authors: | Mana Sikana |
Conference Name: | Seminar Pemikiran Sasterawan Negara Abdullah Hussain |
Keywords: | Sastera autobiografik Abdullah Hussain Teori sastera autobiografik |
Conference Date: | 19/10/2011 |
Conference Location: | Dewan Seminar Aras 2, Menara DBP, Kuala Lumpur |
Abstract: | Abdullah Hussain dapat dibezakan kepengarangannya dengan kalangan penulis sezaman dengannya berdasarkan pada corak penulisannya yang bersifat biografi/autobiografi. Novel-novelnya seperti Peristiwa, Sebuah perjalanan, Terjebak dan lain-lain memperlihatkan penguasaannya dalam genre autobiografi. Di samping itu terdapat beberapa teksnya yang sememangnya dari genre biografi/autobiografi. Teks autobiografi mengandung fakta naratif dan nilai-nilai yang terpercik daripada peristiwa yang dialami. Dasar ceritanya bukan sahaja pernyataan rekod-rekod kebenaran kehidupan pengarang yang boleh dibuktikan ketepatannya dengan sejarah, tetapi juga penting dalam memancarkan interpretasi dan makna yang mendalam daripada kisah yang diceritakan. Sejarah hanya merakamkan peristiwa-peristiwa terbesar yang diterima secara konsensus mempunyai historiocity dan kepentingan kebangsaan, yang kadang-kadang tanpa terjemahan dan penaksiran. Pengarang autobiografi pula cuba memasuki makna-makna yang tersembunyi dan kadang-kadang masuk ke peristiwa yang tercicir, yang cuba di selindung oleh sejarah. Kertas kerja ini akan menganalisis beberapa teks Abdullah Hussain yang relevan daripada kaca mata teori sastera autobiografik. |
Pages: | 1-28 pages p. |
Call Number: | PL5139.A3S435 2011 sem |
Publisher: | Bahagian Penyelidikan Sastera, Jabatan Dasar dan Penyelidikan, Dewan Bahasa dan Pustaka |
Appears in Collections: | Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding |
Files in This Item:
There are no files associated with this item.
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.