Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/395492
Title: Ibadah dan tahap pengamalannya terhadap pelajar politeknik Zon Tengah
Authors: Mohamed Hamdan Abdullah
Fariza Md. Sham
A'dawiyah Ismail
Conference Name: Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS)
Keywords: Pengamalan Islam
Politeknik Zon Tengah
Politeknik Sultan Azlan Shah
Politeknik Ungku Omar
Conference Date: 14/11/2017
Conference Location: Institut Latihan Islam Malaysia
Abstract: Islam dengan jelas menyebutkan bahawa ibadah itu menuntut seluruh kehidupan manusia untuk mengabdikan diri dan mentaati Allah SWT, tetapi ramai juga yang mengabaikan ibadah yang ditetapkan oleh ajaran Islam. Oleh itu, kajian berkaitan ibadah telah dijalankan bertujuan untuk mengenal pasti tahap pengamalan ibadah Islam pelajar politeknik Zon Tengah. Kajian berbentuk kajian rentas dan menggunakan borang soal selidik sebagai instrumen kajian. Sampel kajian ini tertumpu kepada pelajar Islam di politeknik Zon Tengah yang terdiri daripada 6 buah politeknik iaitu Politeknik Ungku Omar, Ipoh 107 orang, Politeknik Sultan Azlan Shah, Behrang 91 orang, Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam 71 orang, Politeknik Sultan Idris Shah, Sabak Bernam 91 orang, Politeknik Banting, Selangor 20 orang dan Politeknik Metro Kuala Lumpur 20 orang, menjadikan jumlah respondennya ialah 400 orang daripada pelajar Islam semester akhir diploma bagi setiap politeknik tersebut. Data yang diperoleh daripada soal selidik dikumpul dan dianalisis menggunakan perisian Statistical Packages for Social Science Version 22.0 (SPSS v22.0) bagi mendapatkan kekerapan, peratusan dan skor min. Hasil kajian mendapati tahap pengamalan ibadah Islam yang paling tinggi ialah `responden membaca doa sebelum makan' dengan skor min 4.68 diikuti tahap yang paling rendah iaitu `responden sering melakukan puasa sunat Isnin dan Khamis' dan 'responden sering menunaikan solat sunat tahajjud' dengan skor minnya 3.23 dan 2.97. Purata skor min secara keseluruhannya adalah tinggi iaitu dengan skor min 4.03. menunjukkan bahawa tahap pengamalan ibadah Islam pelajar politeknik Zon Tengah adalah baik dan pengamalan ibadah pelajar ini biasanya melalui proses pembelajaran Pendidikan Islam dan program dakwah yang dilaksanakan di politeknik telah menunjukkan keberhasilannya. Kajian mendapati, dari aspek ibadah khusus seperti solat, puasa dan doa pelajar sering melaksanakannya. Ini menunjukkan bahawa pelajar mempunyai kesedaran untuk menunaikan amalan ibadah yang telah ditetapkan oleh syariat.
Pages: 173-182 p.
Call Number: DS36.855.S446 2017 kat sem
Publisher: Institut Islam Hadhari (HADHARI), UKM bersama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), FPI UKM, Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) dan Yayasan Taqwa Wilayah Persekutuan
Appears in Collections:Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.