Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/395491
Title: Inovasi dan keceriaan di surau-surau Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) terpilih di Malaysia
Authors: Abdul Munir Ismail
Conference Name: Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS)
Keywords: Surau SMK
Sekolah Menengah Kebangsaan
Conference Date: 14/11/2017
Conference Location: Institut Latihan Islam Malaysia
Abstract: Tulisan ini bertujuan untuk mengetahui inovasi dan keceriaan yang dihasilkan oleh guru dan pelajar di surau-surau sekolah menengah kebangsaan terpilih di Malaysia. Keadaan persekitaran surau yang menarik, adalah merupakan faktor mendorong pelajar serta guru melaksana ibadah dan menghayati ajaran Islam dengan lebih sempurna. Objektif kajian adalah untuk mendedahkan inovasi yang dihasilkan di surau sekolah menengah kebangsaan terpilih. Kajian ini bentuk kajian lapangan, menggunakan kaedah temubual dan pemerhatian. Kajian melibatkan lapan buah sekolah harian dan asrama terpilih dan sepuluh orang responden. Kajian mendapati terdapat pelbagai inovasi yang dihasilkan oleh pihak sekolah. Inovasi keceriaan surau didapati mendatangkan kebaikan kepada pelajar serta alam sekitar. Melalui inovasi yang dihasilkan di surau sekolah telah memberi kesedaran positif terhadap perkembangan minda pelajar. Selain itu, implikasi inovasi surau dapat meningkatkan minat para jemaah untuk mengimarahkan surau yang terdapat di sekolah-sekolah menengah di Malaysia.
Pages: 147-172 p.
Call Number: DS36.855.S446 2017 kat sem
Publisher: Institut Islam Hadhari (HADHARI), UKM bersama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), FPI UKM, Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) dan Yayasan Taqwa Wilayah Persekutuan
Appears in Collections:Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.