Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/395490
Title: Tinjauan awal etnik Rohingya di Malaysia
Authors: Mohd Irfan Mohd Terin
Muhammad Hilmi Jalil
Conference Name: Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS)
Keywords: Jumlah pelarian
Malaysia
Etnik Rohingya
Pelarian Rohingya
Conference Date: 14/11/2017
Conference Location: Institut Latihan Islam Malaysia
Abstract: Etnik Rohingya merupakan sebuah etnik minoriti berasal dari Myanmar yang hidup dalam penindasan dan pelarian. Penulisan mengenai tinjauan etnik ini masih terhad. Makalah ini berkisar tentang tinjauan awal Etnik Rohingya dalam meneruskan kehidupan di Malaysia. Etnik Rohingya telah dianggap sebagai etnik tanpa negara, dipercayai berhadapan pelbagai penindasan, pembunuhan dan penghapusan etnik. Objektif kajian ini ialah untuk melakukan tinjauan awal mengenai jumlah dan pola kemasukan pelarian Rohingya di Malaysia di samping menghuraikan cabaran dalam meneruskan kehidupan yang dilakukan oleh golongan tersebut. Seterusnya makalah ini akan menilai peningkatan dalam usaha kelangsungan hidup kumpulan pelarian tersebut. Kajian ini menggunakan reka bentuk kualitatif berteraskan kajian sejarah dan kajian analisis kandungan. Data bagi kajian ini dikumpulkan menerusi kaedah tekstual. Kaedah ini dipilih untuk membolehkan penulis menerangkan dan membuat interpretasi awal terhadap sesuatu maklumat daripada sumber yang dirujuk. Analisis data pula dilakukan dengan menggunakan pendekatan deskriptif. Hasil kajian daripada tinjauan literatur mendapati kajian terhadap jumlah pelarian dan cabaran hidup etnik Rohingya di Malaysia masih kurang diketengahkan oleh pengkaji termasuk sarjana luar. Walaupun ada kajian yang menyentuh berkenaan dengan etnik Rohingya dalam meneruskan kehidupan, namun ia hanyalah dikhususkan kepada tempat-tempat tertentu dan tidak menyeluruh.
Pages: 135-146 p.
Call Number: DS36.855.S446 2017 kat sem
Publisher: Institut Islam Hadhari (HADHARI), UKM bersama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), FPI UKM, Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) dan Yayasan Taqwa Wilayah Persekutuan
Appears in Collections:Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.