Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/395488
Title: Cabaran membina kemajuan bangsa dalam karya Abdullah Abdul Rahman: matarahari memancar tarikh kerajaan Jepun
Authors: Ermy Azziaty Rozali
Conference Name: Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS)
Keywords: Karya Abdullah Abdul Rahman
Masyarakat Melayu
Bangsa Jepun
Kemajuan bangsa
Conference Date: 14/11/2017
Conference Location: Institut Latihan Islam Malaysia
Abstract: Abdullah Abdul Rahman merupakan seorang tokoh agama dari Muar, Johor dan pernah memegang jawatan sebagai Ketua Jabatan Agama Islam Johor. Beliau juga aktif dalam bidang penulisan dan menghasilkan buku antaranya Pertuturan Melayu, iaitu buku tatabahasa untuk bahasa Melayu yang berdasarkan bahasa Arab, karya terjemahan Matahari Memancar Tarikh Kerajaan Jepun serta Islam dan Tamadun. Kertas kerja ini akan membincangkan buku Matahari Memancar Tarikh Kerajaan Jepun terjemahan Abdullah Abdul Rahman yang mendapat sambutan menggalakkan daripada masyarakat Melayu sehingga Perang Dunia Kedua. Matahari Memancar membentangkan bahawa orang Jepun merupakan bangsa yang bersungguh-sungguh dalam membina negaranya. Manakala masyarakat Melayu Islam di sebelah Timur, masih lagi bergantung kepada Kuasa Eropah dari segi pentadbiran negara dan juga aspek pertahanan. Oleh itu, bangsa di sebelah Timur dinasihatkan berdikari dan berusaha keras untuk memajukan negara masing-masing. Kejayaan Jepun dalam bersaing dengan Barat juga menjadi contoh kepada bangsa Timur, terutamanya masyarakat Islam. Dalam Matahari Memancar juga disarankan agar masyarakat Melayu mengambil pengajaran daripada sejarah dan tidak menjadi bangsa yang leka. Di samping turut dinyatakan dua sifat penting untuk menjana pembangunan dan kemajuan, iaitu bijaksana dan yakin dengan diri sendiri. Kejayaan bangsa Jepun adalah kerana mereka memiliki dua sifat tersebut dan bekerja bersungguh-sungguh yang seharusnya menjadi teladan kepada masyarakat Islam.
Pages: 117-124 p.
Call Number: DS36.855.S446 2017 kat sem
Publisher: Institut Islam Hadhari (HADHARI), UKM bersama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), FPI UKM, Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) dan Yayasan Taqwa Wilayah Persekutuan
Appears in Collections:Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.