Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/395486
Title: Pengembangan agihan zakat mengikut Mazhab Syafi'i dalam fatwa Negeri Terengganu
Authors: Wan Zulkifli Wan Hassan
Nazri Muslim
Jamsari Alias
Azizi Umar
Zulkifli Mohamad
Conference Name: Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS)
Keywords: Sosioekonomi umat Islam
Agihan zakat
Mazhab Syafi???i
Terengganu
Conference Date: 14/11/2017
Conference Location: Institut Latihan Islam Malaysia
Abstract: Perlaksanaan sistem pengagihan zakat yang sistematik dan efisyen mampu untuk membendung masalah kemiskinan. Antara objektif zakat difardhukan adalah menyempurnakan tuntutan kerohanian dan sosioekonomi umat Islam termasuk golongan yang menerima zakat iaitu asnaf. Objektif ini tidak mampu dicapai jika pengurusan agihan zakat tidak mengikut spesifikasi yang sesuai dengan keperluan mereka. Justeru pengabaian agihan zakat secara berkesan dianggap suatu kesalahan yang ditegah dalam syariat. Agihan zakat perlu diberi perhatian yang sewajamya agar sistem agihan dana zakat dilihat lebih dinamik dan jaminan sosial asnaf terbela. Namun begitu, timbul persoalan adakah agihan itu benar-benar menjadi hak milik setiap asnaf atau boleh hanya diagihkan kepada satu golongan asnaf atau sebahagian asnaf tanpa menurut keutamaan. Adakah agihan kepada lapan asnaf itu kekal secara literal atau berdasarkan makna dan kepentingan semasa berdasarkan ijtihad. Apakah kadar, habuan dan sasaran agihan para asnaf itu sama ada dibahagi sama rata atau berasaskan kepada dasar keperluan. Adakah persoalan kebajikan umat Islam dan negara perlu diperluas dan diperbanyakkan skop pengagihannya? Justeru dalam artikel ini, penulis meneliti beberapa fatwa yang telah dikeluarkan oleh Jabatan Mufti Terengganu dalam membincangkan permasalahan di atas sebagai panduan kepada masyarakat Islam. Dengan ini, kajian mendapati amalan kepada Mazhab Syafi'i di Terengganu tidak menghalang para mufti dan Jawatankuasa Fatwa membuat keputusan fatwa tentang agihan zakat agar selari dengan objektif agihan zakat. Ini kerana mereka mengambil sikap berhati-hati, keterbukaan dan kelonggaran kepada masyarakat untuk memastikan agar agihan tersebut mesti berasaskan kepada keperluan, ke arah pemupukan dan galakan kepada hidup beragama dan bermoral di samping memberi insentif dan motivasi kepada pengurus zakat. la sekaligus menampakkan sistem agihan dana zakat lebih memberi kebaikan kepada sosio-ekonomi asnaf di Terengganu.
Pages: 33-46 p.
Call Number: DS36.855.S446 2017 kat sem
Publisher: Institut Islam Hadhari (HADHARI), UKM bersama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), FPI UKM, Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) dan Yayasan Taqwa Wilayah Persekutuan
Appears in Collections:Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.