Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/395484
Title: | Psikologi cinta dalam drama dan pengaruhnya kepada Tamadun Islam |
Authors: | Nur Aina Mohd Yaakop Syaidatun Nazirah Abu Zahrin Fariza Md. Sham Nurul Aiman Mat Abdullah |
Conference Name: | Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) |
Keywords: | Psikologi cinta Drama cinta Islamik Remaja Dakwah Tamadun Islam |
Conference Date: | 14/11/2017 |
Conference Location: | Institut Latihan Islam Malaysia |
Abstract: | Media elektronik seperti televisyen merupakan salah satu media yang sangat berpengaruh sebagai agen bagi saluran pendidikan, maklumat terkini dan tidak kurangnya sebagai medium hiburan dan juga sebagai pembentuk ketamadunan Islam. Kebanyakkan stesen televisyen tempatan semakin giat menerbitkan drama-drama Islamik yang berunsur cinta. Dewasa ini terdapat sambutan yang begitu menggalakkan daripada penonton telah membuka mata para penggiat seni seperti pengarah, penerbit dan penulis skrip drama berlumba-lumba menghasilkan drama Islamik yang berunsur cinta. Pemikiran masyarakat berubah apabila drama sebegini turut mendapat sambutan yang baik daripada golongan remaja. Psikologi cinta dalam drama telah dikenalpasti dapat memberi pengaruh kepada tamadun Islam. Dengan itu, objektif kajian ini adalah untuk melihat dengan lebih terperinci isi kandungan drama cinta berunsur Islamik dengan psikologi cinta dari perspektif dakwah. Kaedah penelitian ke atas tayangan-tayangan drama Islamik dan analisis kandungan skrip drama Islamik berasaskan buku karangan novelis terkenal, telah digunakan dalam kajian ini. Dapatan kajian ini ialah untuk mengenal pasti faktor-faktor yang menarik minat remaja dan kesannya apabila mereka menonton drama sebegini. Implikasi kajian ini adalah untuk mengetahui kesan drama sosio kebudayaan dan kesenian terdapat dalam drama cinta Islamik dan mengaitkan kepentingannya kepada tamadun Islam. |
Pages: | 61-65 p. |
Call Number: | DS36.855.S446 2017 kat sem |
Publisher: | Institut Islam Hadhari (HADHARI), UKM bersama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), FPI UKM, Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) dan Yayasan Taqwa Wilayah Persekutuan |
Appears in Collections: | Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding |
Files in This Item:
There are no files associated with this item.
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.