Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/395476
Title: 3 saluran utama ilmu dalam Islam : rumusan Asha'irah Maturidiyyah yang kekal munasabah
Authors: Mohd Zaidi Ismail
Conference Name: Seminar Pemikiran Islam Peringkat Kebangsaan II (PEMIKIR II)
Keywords: Islam
Asha'irah Maturidiyyah
Conference Date: 20/07/2010
Conference Location: Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, Kuala Lumpur
Abstract: Teks al-'Aqa'id al-Nasafiyyah yang disusun oleh Imam Abu Hafs 'Umar Najm al-Din al-Nasafi (w.537H/1142M) dan huraian terhadapnya oleh Imam Sa'd al-Din Mas'ud b. 'Umar al-Taftazani (w.793H/1390M) dalam Syarahnya yang masyhur merupakan satu contoh keseluruhan yang padu dan mantap bagi menyatakan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah menurut pendekatan Asha'irah-Maturidiyyah. Malah, rumusan berkenaan dengan sumber-sumher ilmu bagi manusia yang terdapat dalam teks tersebut, dan penjelasan seterusnya oleh al-Taftazani terhadap sumber-sumber itu, merupakan formula yang kekal munasabah bagi membimbing Umat Islam maju ke depan dengan sifat wasatiyyahnya. Keseimbangan dan kemunasabahan rumusan tersebut semakin ketara pada zaman kini, khasnya ketika umat Islam keliru dan celaru dilanda oleh berbagai aliran dan daya-tarikan melampau, bilk yang menyerang dari luar mahupun yang mengharu-birukan dari dalam. Kertas kerja ini bertujuan meninjau kembali rumusan tersebut dalam ruang-lingkup masalah dan cabaran utama semasa yang mengharung umat Islam, khasnya di tanah dan Kepulauan Melayu.
Call Number: BP166.14.A84S438 2010 sem
Publisher: Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, Kuala Lumpur.
Appears in Collections:Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.