Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/395470
Title: Tawasul dalam pemikiran Islam : pro dan kontra
Authors: Mohd Fakhrudin Abdul Mukti
Conference Name: Seminar Pemikiran Islam Peringkat Kebangsaan II (PEMIKIR II)
Keywords: Tawasul
Pemikiran Islam
Conference Date: 20/07/2010
Conference Location: Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, Kuala Lumpur
Abstract: Tawasul adalah satu isu kontroversi dalam kalangan umat Islam justeru amalannya didakwa bercanggah dengan akidah Islam yang berdasarkan al-Quran dan al-Sunnah. Isunya ialah berdoa memohon sesuatu hajat dari Allah melalui mereka yang sudah meninggal dunia samada melalui Nabi kita Muhammad SAW atau melalui para wali-wali Allah yang salihin yang terdiri dari para ulama' yang telah pun dikenalpasti melalui keilmuan dan kewarakan mereka. Kepentingan isu ini perlu difahami dengan sebenar adalah justeru ada kaitannya dengan kedudukan akidah seseorang yang mengamalkannya dan mempercayainya yang boleh membawa kepada dihukum syirik atau kufur. Tawasul turut mempunyai asas-asas yang terdapat di dalam al-Quran dan hadis-hadis mengikut kupasan, tafsiran dan kefahaman ulama'-ulama' terdahulu yang mendapat sokongan para ulama' mutakhirin. Mungkin tawasul tidak sesuai untuk amalan orang-orang awam yang kurang ilmu agama dan tidak menerima pendidikan agama dengan sepenuhnya. Maka kekurangan ini mudah membawa seseorang tergelincir ke jurang keterlanjuran dan kesesatan justeru mempercayai kelebihan luarbiasa yang didakwa oleh seseorang yang akhirnya turut dipuja dan didewa. Tetapi tawasul juga sebagai satu subjek akademik dan kajian bertujuan mempertahankannya justeru ianya dipertahankan oleh ulama'-ulama' besar Islam sebelum ini atau menidakkan keIslamannya di mana penyokong tawasul tidak semastinya beramal dengan tawasul atau berminat mengamalkannya. Ini justeru perkembangan moden hari ini dan seterusnya dengan tatacara pergerakan hidup dan tuntutan seharian dengan sendirinya menyempitkan orbit kerelevanannya dengan kehidupan semasa kita yang praktis dan realitis yang darjah kebergantungan adalah lebih terarah kepada usaha diri secara lumrah dan hukum alam. Sekaligus tawasul terangkum dalam jalinan akidah wasatiyyah yang diterajui para ulama' Ash'ariyyah justeru ianya satu warisan khazanah pemikiran Islam yang sentiasa membuka ruang untuk polemik dan perbincangan ilmiah yang berterusan.
Call Number: BP166.14.A84S438 2010 sem
Publisher: Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, Kuala Lumpur.
Appears in Collections:Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.