Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/395467
Title: | Membumikan al-Quran dan sunnah untuk pembangunan negara Islam moden |
Authors: | M. Din Syamsuddin |
Conference Name: | Seminar Pencapaian Malaysia Sebagai Sebuah Negara Islam |
Keywords: | Al-Quran Sunnah Negara Islam |
Conference Date: | 27/02/2004 |
Conference Location: | Dewan Besar, IKIM |
Abstract: | Sebagai agama yang berdasarkan tauhid, Islam menekankan penyatuan semua aspek dan dimensi kehidupan manusia dalam kesatuan penciptaan ilmu pengetahuan dan peradaban. Penciptaan alam termasuk manusia oleh Yang Maha Pencipta terjalin dalam hubungan tauhidi, iaitu adanya hubungan kejiwaan (alam dan manusia berasal dari jiwa tunggal atau nafs wahidah). Dengan yang demikian, ilmu pengetahuan terjalin dalam paradigma tauhidi yang tidak membezakan antara ilmu keagamaan dengan ilmu keduniaan. Begitu juga peradaban manusia merupakan manifestasi daripada prinsip kesatuan penciptaan dan ilmu pengetahuan sehingga peradaban itu terikat dalam kesatuan nilai-nilai ketuhanan dan kemanusiaan. Prinsip tauhid Islam menekankan hubungan erat antara agama dengan negara, iaitu tidak ada pemisahan antara agama dengan negara (al-Din wa al-Dawlah) kerana tiada pemisahan antara agama dengan dunia (al-Din wa al-Dunya) serta agama dan politik (al-Din wa al-Siyasah). Berdasarkan prinsip tauhid, ajaran-ajaran Islam meliputi seluruh aspek kehidupan sama ada sosial, ekonomi, ilmu pengetahuan, teknologi, kesenian mahupun politik. Sejarah Islam sejak kelahiran Islam hingga beberapa abad kemudian pada masa Dinasti Abasiyah menunjukkan kesatuan dari semua aspek kehidupan yang telah disebutkan iaitu agama dan politik serta agama dan ilmu pengetahuan disatukan dalam dunia peradaban Islam. Inilah yang membawa kemajuan dan keunggulan kepada peradaban Islam, dan Dunia Islam menjadi adikuasa (super power) atau pemegang keunggulan peradaban dunia. Ilmu pengetahuan (dan juga ada tingkat tertentu ekonomi) dengan dokongan kekuasaan politik telah mendorong kemajuan dan keunggulan peradaban Islam. Pada saat ini Islam tidak hanya merintis kemodenan tetapi juga mencipta kemodenan itu sendiri. Tidak dapat dinafikan bahawa banyak falsafah dan ilmuwan Muslim berjasa dalam menemukan dan mengembangkan falsafah dan ilmu pengetahuan. Karya-karya mereka pula menjadi inspirasi bagi kebangkitan Eropah dan sebab itu peradaban Islam memberikan sumbangan bagi perwujudan peradaban dunia moden. |
Call Number: | BP63.M3S454 2004 sem |
Publisher: | Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) |
Appears in Collections: | Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding |
Files in This Item:
There are no files associated with this item.
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.