Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/395460
Title: | Penolakan al-Asha'irah terhadap huraian tauhid rububiyyah dan uluhiyyah menurut Muhammad Bin Abd Al-Wahhab (1703-1792 M.) |
Authors: | Mohd Fauzi Hamat |
Conference Name: | Seminar Pemikiran Islam Peringkat Kebangsaan II (PEMIKIR II) |
Keywords: | Al-Asha'irah Tauhid rububiyyah Uluhiyyah Muhammad Bin Abd Al-Wahhab |
Conference Date: | 20/07/2010 |
Conference Location: | Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, Kuala Lumpur |
Abstract: | Konsep tauhid rububiyyah dan uluhiyyah merupakan antara konsep tauhid yang telah diperkenalkan oleh Ibn Taymiyyah dan telah diperjuangkan selepas kematian tokoh tersebut oleh Muhammad bin Abd al-Wahhab. Huraian tauhid yang agak pelik dan bermasalah ini dalam tradisi pengajian akidah telah mendapat tentangan hebat oleh para ulama al-Asha'irah, khususnya berdasarkan pendekatan huraian Muhammad bin Abd al-Wahhab yang melahirkan fenomena pengkafiran (al-takfir) terhadap umat Islam yang berbeza pandangan dengannya. Pegisbatan tauhid al-rububijyah pada kaum musyrikin yang dikatakan lebih baik penghayatannya berbanding dengan kalangan yang bertawasul dengan orang-orang soleh dan penafian terisbatnya tauhid al-uluhiyyah pada pendokong al-Asha'irah adalah menjelaskan bagaimana bermasalahnya huraian tauhid berdasarkan pendekatan tokoh ini. Kertas ini yang akan mengetengahkan hujah-hujah berperspektif al-Asha'irah bagi menolak huraian tersebut, akan merumuskan bahawa bentuk huraian tauhid berdasarkan pemikiran Muhammad bin Abd al-Wahhab perlu ditolak dalam wacana akidah Islam dan akan mencadangkan agar silibus pengajian akidah di semua peringkat pengajian akidah di Malaysia tidak mengetengahkan huraian tauhid tersebut kerana huraiannya yang bertentangan dengan pandangan jumhur ulama al-Asha'rah dibimbangi boleh dijadikan bibit perpecahan kepada umat Islam pada masa-masa yang akan datang. |
Call Number: | BP166.14.A84S438 2010 sem |
Publisher: | Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, Kuala Lumpur. |
Appears in Collections: | Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding |
Files in This Item:
There are no files associated with this item.
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.