Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/395448
Title: Toleransi beragama dan sosialisasi pelajar di Universiti Kebangsaan Malaysia
Authors: Jaffary Awang
Muda @Ismail Ab. Rahman
Rofizah Mohammad @ Mohammad Noor
Arena Che Kasim
Tengku Ghani Tengku Jusoh
Muhammad Khatim Hasan
Conference Name: Seminar Antarabangsa Pembangunan Ilmu Keushuluddinan Dalam Era Global
Keywords: Toleransi beragama
Sosialisasi pelajar
Universiti Kebangsaan Malaysia
Conference Date: 23/08/2005
Conference Location: Institut Agama Islam Negeri Imam Bonjol, Padang, Sumatera Barat, Indonesia
Abstract: Toleransi beragama dan sosialisasi merupakan dua perkara yang mempunyai perkaitan rapat antara satu sama lain. Dalam konteks pelajar di institusi pengajian tinggi awam, sudah tentu gabungan antara pengetahuan, kematangan dan interaksi yang berlaku semasa di universiti akan rnembentuk sikap toleransi beragama. Dari sudut sosiologi faktor institusi pendidikan merupakan elemen kedua pentirq selepas keluarga dalam proses pembinaan diri samada sudut pemikiran, kematangan dan personaliti. Universiti Kebangsaan Malaysia yang terdiri dari pelbagai latarbelakang pelajar dan pelbagai agama merupakan salah satu pusat pengajian tinggi awam yang turut berfungsi dalam mencorak personaliti pelajar. Untuk itu kertas kerja ini akan membincangkan perkaitan antara toleransi beragama dan sosialisasi yang berlaku di kalangan pelajar semasa di universiti. Kajian ini adalah bersifat kertas lapangan melalui pengedaran soalselidik di kalangan 252 pelajar dari pelbagai etnik dan agama yang sedang mengikuti pengajian di peringkat ijazah pertama dalam pelbagai disiplin ilmu. Perbincanga, kertas kerja ini akan dibahagikan kepada empat bahagian. Pertama menjurus kepada konsep toleransi beragama yang dibincang secara konseptual. Kedua konsep sosialisasi yang berlaku di kalangan para mahasiswa/wi di Universiti Kebangsaan Malaysia. Ketiga analisis data yang dibincangkan berasaskan kepada beberapa subtopik yang berpandukan kepada soalan yang telah dikemukakan kepada para pelajar. Rumusan kertas kerja menunjukkan bahawa toleransi beragama mempunyai impak secara langsung dari sosialisasi yang berlaku di kalangan mahasiswa/wi Universiti Kebangsaan Malaysia.
Call Number: BP166.S323 2005 sem
Publisher: Fakulti Pengajian Islam, UKM & Fakultas Ushuluddin, IAIN Imam Bonjol, Sumatera Barat
Appears in Collections:Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.