Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/395441
Title: | Keperluan latihan dan pembangunan kerjaya : perspektif pekerja |
Authors: | Ishak Yussof Zulkifly Osman |
Conference Name: | Seminar Pentadbiran Institusi Pengajian Tinggi |
Keywords: | Produktiviti pekerja Pembangunan kerjaya |
Conference Date: | 13/01/2004 |
Conference Location: | Hotel Regency, Port Dickson |
Abstract: | Latihan boleh meningkatkan produktiviti pekerja dan seterusnya membantu organisasi mencapai prestasi yang lebih baik. Kajian lepas membuktikan bahawa wujudnya hubungan yang positif antara latihan dan prestasi firma menyebabkan majikan sanggup menghantar pekerja mereka mengikuti latihan walaupun melibatkan perbelanjaan yang tinggi. Daripada perspektif ekonomi perbelanjaan untuk latihan dianggap sebagai suatu pelaburan yang akan memberi pulangan kepada kedua-dua majikan dan juga pekerja. Namun sejauhmana pulangan ini menguntungkan kedua-dua pihak masih menjadi persoalan dan minat ramai penyelidik dalam disiplin berkaitan. Secara teori, majikan akan sanggup terus berbelanja untuk program latihan selagi mana program latihan tersebut memberi pulangan yang positif kepada organisasi mereka. Begitu juga dengan isirumah, mereka akan sanggup berbelanja untuk keperluan pendidikan dan latihan sekiranya menjangkakan pulangan positif ke atas perbelanjaan tersebut. Namun begitu dalam dunia pekerjaan kini, adakalanya isirumah (atau pekerja) tidak perlu berbelanja untuk mengikuti program latihan kerana ianya dibiayai sepenuhnya oleh pihak majikan kerana keperluan kemahiran pekerjaan yang terbabit. Dalam konteks ini jangkaan pulangan pada masa hadapan tidak akan menjadi penentu kepada keputusan pekerja untuk mengikuti sesuatu program latihan. Persoalan yang timbul di sini ialah sejauhmanakah program latihan yang diikuti memberi kesan ke atas pembangunan kerjaya pekerja terlibat. Oleh itu objektif utama kertas ini ialah untuk mengupas persoalan ini dalam konteks pengalaman pekerja di UKM. |
Call Number: | LB2341.8.M4S45 2004 sem |
Publisher: | Universiti Kebangsaan Malaysia bersama Persatuan Pegawai Tadbir & Ikhtisas UKM (PERTADI). |
Appears in Collections: | Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding |
Files in This Item:
There are no files associated with this item.
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.