Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/395438
Title: Penambahbaikan berterusan (CQI) di institusi pengajian tinggi : sorotan ringkas tentang konsep dan perspektif
Authors: Mohamad Nasir Saludin
Conference Name: Seminar Pentadbiran Institusi Pengajian Tinggi
Keywords: Penambahbaikan berterusan (CQI)
Institusi Pengajian Tinggi (IPT)
Total Quality Management (TQM)
Conference Date: 13/01/2004
Conference Location: Hotel Regency, Port Dickson
Abstract: Pendidikan tinggi kini berhadapan dengan era baru, implikasi dari dasar pendidikan negara yang membuka laluan yang lebih luas kepada penubuhan Institusi Pengajian Tinggi (IPT) awam dan juga swasta dan akibat dari berlakunya perubahan tuntutan masyarakat terhadap IPT. Persaingan yang timbul dari bertambahnya bilangan IPT memaksa pihak pentadbiran dan pengurusan IPT menilai dan menjustifikas kewujudan seterusnya dayasaing masing-masing. Harapan yang tinggi terhadap prestasi yang lebih baik dari segi pengajaran bagi menghasilkan graduan yang berkebolehan dan berketrampilan juga semakin mendesak. Model yang boleh diteladani oleh Institusi Pengajian Tinggi ialah amalan Pengurusan Kualiti Menyeluruh (TQM) di industri yang berjaya meningkatkan prestasi kerja dan produk. TQM pada asasnya mengutamakan kepuasan pelanggan melalui pelaksanaan kerangka bersepadu yang melihat pertalian antara urusan-urusan dalam sistem secara menyeluruh dan membuat keputusan berasaskan maklumat bagi mengurangkan kesilapan dan pembaziran dalam proses kerja. Pengurusan pendidikan berkualiti diperolehi melalui peningkatan atau penambahbaikan sistem pendidikan dan latihan secara menyeluruh dan berterusan atau Continous Quality Improvement". Kertas kerja ini membincangkan konsep dan perspektifnya adalah penting. Nilai-nilai atau kriteria ke arah kejayaan pelaksanaan konsep penambahbaikan berterusan juga wajar diketahui dan disebarkan dalam organisasi"
Call Number: LB2341.8.M4S45 2004 sem
Publisher: Universiti Kebangsaan Malaysia bersama Persatuan Pegawai Tadbir & Ikhtisas UKM (PERTADI).
Appears in Collections:Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.