Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/395429
Title: Agama, etnisiti dan pembinaan bangsa dalam teologi Islam
Authors: Ibrahim Abu Bakar
Conference Name: Seminar Antarabangsa Etnik dan Dasar : Refleksi Jati Diri
Keywords: Agama
Etnisiti
Teologi Islam
Conference Date: 22/08/2013
Conference Location: Hotel Equatorial Bangi, Selangor
Abstract: Agama dan etnisiti mempunyai hubungan rapat dalam kalangan penduduk di Malaysia. Contohnya, agama Buddha mempunyai ramai penganut dalam kalangan etnik Cina. Agama Hindu dalam kalangan etnik India, dan agama Islam dalam kalangan etnik Melayu. Hubungan etnik dan agama satu fenomena dalam masyarakat manusia yang tidak dapat dinafikan kewujudannya di Malaysia dan di negara lain juga. Teologi Islam di sini merujuk kepada ajaran Islam yang ada hubungan dengan agama dan etnik dengan merujuk kepada teks dalam Quran dan tafsiran atau fahaman ilmuan Muslim terhadapnya. Di antaranya kewujudan berbagai agama dan etnik adalah satu fakta sejarah dan fakta agama yang diakui Islam dan diiktiraf oleh Islam. Oleh itu Islam tidak mengajar umatnya supaya menghapuskan etnisiti mereka masing-masing. Di Malaysia terdapat parti politik yang menggunakan nama Islam tetapi tidak mahu menghubungkan diri mereka dengan etnik Melayu dalam ideologi politik kepartian anutan mereka. Terdapat juga di Malaysia parti politik Melayu beragama Islam yang mahu menghubungkan diri mereka dengan etnik Melayu dalam ideology politik kepartian anutan mereka. Perbezaan fahaman dua kumpulan parti politik Muslim di Malaysia telah membawa mereka berterusan berlawan dan menentang dalam arena politik. Dalam pembinaan bangsa di Malaysia, fahaman yang bertentangan di antara dua parti anuti Muslim ini jelas membawa perpecahan dalam kalangan Muslim etnik Melayu kerana satu pihak mahu menyahkan Melayu dari Islam dan satu pihak lagi mahu mengekalkan Melayu dan Islam. Dalam konteks ini Muslim di Malaysia sentiasa berdepan dengan delima dalam mempersepsikan hubungan Islam dengan etnisiti. Kertas ini memberikan perhatian utama kepada isu ini.
Pages: 25-29 p.
Call Number: DS595.S464 sem
Publisher: Institut Kajian Etnik (KITA), UKM
Appears in Collections:Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.