Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/395412
Title: Kiasan Melayu dahulu dan sekarang
Authors: Zaitul Azma Zainon Hamzah
Conference Name: Seminar Antarabangsa Linguistik Melayu
Keywords: Bahasa kiasan
Istilah kiasan
Kiasan Melayu
Conference Date: 29/08/2005
Abstract: Bahasa kiasan ialah bahasa yang menyatakan sesuatu perkara dengan mengiaskannya kepada perkara lain, sama ada dengan menyebut bandingan atau tanpa menyebut bandingan. Tujuannya supaya menambah terang sesuatu yang dikatakan atau diceritakan dengan menguatkan maknanya, (Za'ba, 1965:190) Abdullah Hassan & Ainon Mohd (1993: 907-913), mentakrifkan bahasa kiasan atau analogi sebagai ungkapan-ungkapan yang maknanya tidak dapat diketahui daripada makna perkataan itu sendiri ataupun daripada susun tatabahasanya. Konsep-konsep dan penggunaan istilah kiasan adalah berbeza dalam kalangan pengarang bahasa. Seterusnya, Abdullah Hassan mengelompokkan bahasa kiasan kepada dua golongan utama, iaitu kiasan jenis peribahasa dan kiasan bukan peribahasa. Pandangan yang diberikan oleh Abdullah Hassan, iaitu konsep-konsep dan penggunaan istilah kiasan adalah berbeza dalam kalangan pengarang ternyata benar. Ini termasuklah kajian yang dibuat oleh Za'ba dalam bukunya. "Ilmu Mengarang Melayu, (1965)", yang telah menggunakan istilah bahasa sindiran sebagai merujuk kepada kiasan Melayu. Menurut Za'ba, bahasa sindiran ialah bahasa yang ditujukan kepada seseorang tetapi maksudnya tidak disebut dengan tepat sebaliknya hanya disinggung dengan membuat kiasan atau ditujukan kepada perkara lain semata-mata kerana tidak suka menyebut secara terang-terangan. Pentakrifan ini adalah bertepatan dengan kehidupan masyarakat Melayu zaman dahulu yang terkenal dengan sopan santun dan berbudi bahasa. Mereka mementingkan peradaban dan menjaga batas pergaulan anak-anak. Ini termasuklah menjaga tutur kata kerana masyarakat dahulu sangat bimbang sekiranya kata-kata yang diucapkan itu akan menyinggung perasaan seseorang. Oleh itu, mereka lebih gemar berkias sebagai salah satu cara untuk melahirkan isi hati.
Pages: 73-85 p.
Call Number: PL5061.S445 kat sem j.1
Publisher: Pusat Pengajian Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu, FSSK, UKM
Appears in Collections:Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.