Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/395402
Title: Peranan istana di dalam sosialisasi dan transformasi budaya ilmu kesinambungannya di Pahang
Authors: Abd Razaq Ahmad
Adnan Kamis
Conference Name: Seminar Antarabangsa Kesultanan Melayu Nusantara : Sejarah dan Warisan
Keywords: Istana
Budaya ilmu
Pahang
Conference Date: 08/05/2005
Conference Location: Hotel Istana, Kuantan Pahang Darul Makmur
Abstract: Pembinaan negara dan kerajaan pada masa lalu ada kaitan antara pembinaan negara kota dan masyarakat di sekitarnya. Apa yang terjadi di dalam masyarakat Greek dan Roman menunjukkan kerajaan yang terbina di bandar Athen, Sparta dan Rome pada abad 4 dan 5 sebelum masihi mempunyai kaitan yang rapat dengan geofizik dan pemusatan kuasa. Bagi alam Melayu sejarah kesultanan dan kerajaan Melayu juga mempunyai kaitan geofizik serta politik kota don desa. Struktur masyarakat feudal yang berpusat pada istana dan kerabat di raja sebenarnya berkait rapat dengan kecil besar rakyatnya di sekitar negara kota itu. Dalam konteks masyarakat Melayu yang dinyatakan kota dan desa tidak terpisah daripada laut dan budaya kelautan. Sekali gus menunjukkan kerajaan dan kemahrajaan Melayu tidak terikat dengan ekonomi pertanian daratan tetapi juga budaya perniagaan dengan aktiviti maritim berpusat kepada ekonomi tukar barang. Kehadiran kerajaan Sriwijaya (abad ke 7 masihi), Majapahit (abad ke 9 hingga 13 masihi), Melaka Pasai (abad 14 dan 15 masihi), Acheh (abad 16 masihi), Johor Riau (abad ke 17 masihi) ada hubung kait dengan negara kota dan laut itu. Walau apa pun dikotemi politik kenegaraan di bandar dan rakyat di luar kota pertalian antara kuasa, budaya dan ilmu merupakan suatu hubungan timbal batik. Budaya Istana di kota yang merupakan budaya elit dan teras kepada tradisi agung di nusantara tegak di atas paksi yang menyeluruh antara cendikiawan dan budayawan rakyat diluarnya. Justeru, perkembangan ilmu, budaya dan tradisi saling kait mengait antara kota yang ditunjangi oleh Istana dan budaya rakyat berkembang diluarnya saling melengkapi di dalam kehidupan Melayu di nusantara amnya dan di Malaysia umumnya.
Pages: 838-851 p.
Call Number: JC375.S453 2005 sem j.5
Publisher: Lembaga Muzium Negeri Pahang dan kerjasama ATMA, UKM
Appears in Collections:Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.