Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/395288
Title: Peranan kokurikulum dalam menjana peradaban Melayu
Authors: Ahmad Esa
Jailani Mohd Yunus
Noraini Kaprawi
Conference Name: Persidangan Antarabangsa Peradaban Melayu II
Keywords: Pendidikan -- Malaysia
Peradaban Melayu
Conference Date: 26/02/2004
Conference Location: Tanjung Malim
Abstract: Menerusi sistem pendidikan, peranan kokurikulum adalah seiring dan saling menyokong dengan kurikulum dalam memantapkan disiplin tertentu. Antara tafsir kokurikulum ialah merupakan aktiviti-aktiviti di luar kurikulum dan menjadi sampingan kepada aktiviti-aktiviti kurikulum (Amir Hasan Dawi, 2002). Oleh itu, dalam ruang lingkup menjana peradaban Melayu, usaha-usaha mengangkat peradaban Melayu yang ditetap dalam kurikulum pendidikan di Malaysia, turut dapat disalurkan dan dikembangkan menerusi kokurikulum. Tambahan pula, kokurikulum juga mempunyai peranan tersendiri dalam konteks pembangunan individu, pemupukan integrasi nasional, pembinaan kemahiran dan mewarnai citra Melayu dalam konteks memartabatkan bahasa, sastera dan budaya Melayu. Justeru itu, satu kajian kes telah dijalankan untuk melihat sama ada kegiatan kokurikulum yang dijalankan di institusi pengajian tinggi dapat menjadi wahana kepada perkembangan peradaban Melayu dalam konteks bahasa, sastera dan budaya. Kajian telah dijalankan ke atas sekumpulan responden yang telah mengikuti kursus kokurikulum di Kolej Universiti Teknologi Tun Hussien Onn (KUITTHO). Hasil kajian menunjukkan kegiatan kokurikulum di institusi pengajian tinggi dapat dijadikan saluran untuk mengukuhkan peradaban Melayu. Beberapa cadangan juga telah diperoleh daripada responden untuk menjadikan kokurikulum di institusi pengajian tinggi lebih efektif dalam menangani keutuhan citra Melayu dalam konteks bahasa, sastera dan budaya.
Pages: 13 p.
Call Number: DS570.M3.P47 2004 sem.
Publisher: International Institute for Asian Studies,Perak
Appears in Collections:Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.