Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/395225
Title: Kepentingan mempelajari dan menguasai sains dan teknologi di kalangan ummah
Authors: Zulekha Yusoff
Asmak Haji Ali
Conference Name: Prosiding Seminar Kebangsaan Kecemerlangan Tamadun Islam Dalam Agro, Sains dan Teknologi
Keywords: Sulaiman Nordin
Teknologi umat Islam
Conference Date: 01/04/2008
Conference Location: Akademi Pengajian Islam
Abstract: Sains ialah cabang ilmu pengetahuan yang berdasarkan kepada kebendaan atau kenyataan semata-mata (fizik, kimia, kajihayat dil). Mengikut Sulaiman Nordin sains ialah satu kumpulan ilmu yang tersusun dan teratur berkaitan dengan kajian-kajian fenomena-fenomena di alam tabii. Melalui kaedah yang berobjektif bereksperimen dan cerapan bagi menghasilkan prinsip-prinsip ynag boleh dipercayai serta boleh diuji kebenarannya. Berdasarkan kemajuan tamadun-tamadun silam di dapati kemajuan sains yang dikuasai oleh umat dewasa itulah yang memacu, membuka jalan untuk menjadikan mereka sebagai umat yang hebat . Bagi umat Islam, sains dan agama merupakan dua elemen yang tidak dapat dipisahkan. Banyak terdapat ayat-ayat al-Quran meminta manusia membuat kajian khususnya kajian terhadap dan segala fenomenanya. Mempelajari sains dan menguasai teknologi merupakan suatu tuntutan Islam. Dengan mempelajari sains dan menguasai teknologi umat Islam dapat menjalankan tugas mereka sebadai khalifah di muka bumi ini dengan cara yang terbaik. Dengan pengkajian sains juga umat Islam dapat mencerap berbagai-bagai fenomena yang ada. Justeru timbullah sifat taafakkur dan taddabbur di samping mampu menentukan dan membuat ramalan gerhana matahari dan bulan. Cerapan juga mambantu pembuat takwim dan sebagainya. Penguasaan sains dan teknologi juga membantu manusia untuk memenuhi keperluan material mereka seperti keperluan makanan, pakaian, tempat tinggal, perubatan dan sebagainya. Pelaksanaan syariat Islam tidak dapat dilaksanakan tanpa sains dan teknologi. Pengabaian terhadap sains dan teknologi akan mengundang padah kepada umat Islam. Cemuhan yang diterima oleh umat Islam kini secara tidak langsung adalah akibat ketinggalan dalam sains dan teknologi, sedangkan Allah S.W.T meminta supaya umat Islam sentiasa memperkuatkan diri dengan segala kekuatan. Sebahagaian daripada kekuatan itu ialah penguasaan sains dan teknologi.
Pages: 12
Call Number: DS35.62.S453 2008 j.1 sem.
Publisher: Jabatan Sejarah dan Tamadun Islam Akademik Pengajian Islam Universiti Malaya,Universiti Malaya
Appears in Collections:Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.