Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/395121
Title: Pengkajian mengenai ilmu-ilmu kemasyarakatan: ke arah membentuk faham kesesuaian
Authors: Syed Farid Alatas
Conference Name: Persidangan Kebangsaan Sains di Malaysia: Realiti dan Cabaran Baru
Keywords: Masyarakat Barat
Ilmu kemasyarakatan
Conference Date: 19/02/2001
Conference Location: Bilik Jumaah, Universiti Kebangsaan Malaysia
Abstract: Sejak kurun kesembilan belas telah menjelma kesedaran akan kekurangan kecocokan antara ilmu-ilmu kemasyarakatan Barat dan kenyataan sosial di Dunia Ketiga. Pelbagai contoh ketidaksesuaian faham- faham, teori-teori dan andaian-andaian Barat telahpun diperhatikan dalam karya-karya kritik tentang kedudukan ilmu-ilmu kemasyarakatan di Dunia Ketiga. Kenyataan bahawa ilmu-ilmu kemasyarakatan telah muncul di Barat, diamalkan di Dunia Ketiga pada mulanya oleh sarjana-sarjana penjajah dan Eropah selainnya, dan akhirnya ditanamkan di kalangan sarjana-sarjana tempatan semasa dan selepas kemerdekaan, telah membangkitkan persoalan kesesuaian ilmu-ilmu ini untuk masyarakat masyarakat Dunia Ketiga. Beberapa sarjana pada kurun kesembilan belas dan lebih ramai lagi pada zaman pasca-penjajahan telah memperhatikan bahawa ilmu-ilmu kemasyarakatan tidak boleh dipindahkan kepada suatu keadaan sejarah dan ekonomi-sosial tanpa memutar-belitkan pemahaman terhadap kenyataan itu. Pendeknya, masalah ketidaksesuaian ilmu-ilmu kemasyarakatan Barat telah dikenalpasti dan keperluan membangkitkan pengganti-pengganti yang sesuai telah diakui. Pada umumnya, yang membuat pemerhatian sedemikian ini tidak menganggap seluruh ilmu-ilmu kemasyarakatan Barat sebagai tidak sesuai dan tidak menolak ilmu atas alasan asal-usulnya. Mereka berpendapat bahawa ilmu-ilmu kemasyarakatan Barat adalah asli (indigenous) berkenaan dengan tempat asalnya dan seruan untuk kesesuaian bertujuan untuk menyumbang kepada pensejagatan ilmu-ilmu kemasyarakatan.
Pages: 18 p.
Call Number: H29.M3.P47 2001 sem.
Publisher: Jabatan Antropologi dan Sosiologi, UKM,Bangi
Appears in Collections:Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.