Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/395053
Title: Kosa kata citra Melayu dalam bahasa iklan
Authors: Kalthum Ibrahim
Conference Name: Persidangan Antarabangsa Peradaban Melayu II
Keywords: Bahasa iklan
Citra Melayu
Conference Date: 26/02/2004
Conference Location: Tanjung Malim
Abstract: Citra merupakan gambaran atau imej peribadi sesuatu yang diperkatakan. Di sini Citra Melayu boleh dikatakan sebagai gambaran manusia Melayu termasuk budaya, pemikiran dan bahasa Melayu itu sendiri. Kertas kerja ini akan mengetengahkan fenomena penggunaan kosa kata citra Melayu dalam bahasa iklan untuk melambangkan rakyat Malaysia yang didominasi masyarakat Melayu. Penulis membicarakan dari tiga jenis iklan iaitu; bahasa iklan dalam televisyen, bahasa iklan dalam akhbar dan bahasa iklan dalam radio. Di sini dinyatakan juga bahawa penggunaan bahasa itu boleh dilihat dari makna yang tersurat juga yang tersirat, yakni bahasa yang hidup yang digunakan sehari-hari sama ada yang berbentuk lisan(dalam radio dan televisyen) mahupun tulisan(akhbar). Iklan juga memainkan peranan penting dalam masyarakat moden, bahkan bahasa dalam iklan perlu dikaji kerana iklan berkaitan dengan kehidupan sesebuah masyarakat tersebut. Kosa kata yang digunakan atau yang dipilih dalam sesuatu iklan itu dapat menentukan keberkesanan sesebuah iklan. Oleh itu pemilihan kosa kata citra Melayu itu penting dalam bahasa iklan agar perkara yang diwawarkan dalam iklan itu dapat diterima dengan baik oleh pengguna sesuatu barangan atau sesuatu khidmat.
Pages: 10
Call Number: DS570.M3.P47 2004 sem.
Publisher: International Institute for Asian Studies,Perak
Appears in Collections:Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.