Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/394761
Title: Program kursus perguruan lepas ijazah
Authors: Md. Sood b. Mohamad
Conference Name: Prosiding Seminar JKLKAU ke-9,Universiti Kebangsaan Malaysia
Keywords: Diploma Keguruan
Program Latihan Mengajar
Kursus Perguruan Lepas Ijazah
Conference Date: 15/01/1994
Abstract: Program Kursus Perguruan Lepas Ijazah (KPLI) dimulakan pada tahun 1983 dalam bidang Sains dan Matematik, Sastera, Agama Islam dan Teknik. Kursus ini dianjurkan untuk siswazah luar negeri, khususnya pemegang Biasiswa Kementerian Pendidikan. Kini KPLI telah diperluaskan kepada 11 bidang pengkhususan dan dijalankan di 16 buah institut/maktab perguruan di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak. Struktur KPLI ialah selama dua semester. Dalam Semester 1, waktu diperuntukkan selama 18 minggu dan dalam Semester 2 selama 22 minggu. Pelajar yang berjaya menamatkan kursus dianugerahkan Diploma Keguruan. Kurikulum KPLI dibahagikan kepada dua komponen, iaitu Komponen Pengkhususan (11 bidang) dan Komponen Teras, mengandungi mata pelajaran Ilmu Pendidikan, Pengurusan Sumber Pengajaran Pembelajaran, Sejarah Perkembangan Negara, Tamadun Islam dan Pendidikan Jasmani. Untuk mendapat pengalaman sekolah, guru pelatih dikehendaki menjalani Program Latihan Mengajar selama 12 minggu di sekolah, iaitu 2 minggu Program Orientasi Sekolah (ROS) dalam Semester 1 dan 10 minggu Praktikum dalam Semester 2. Selain daripada itu, guru pelatih juga terlibat dengan Program Gerakerja Kokurikulum dan Pendidikan Luar. Pendekatan pengajaran pembelajaran KPLI lebih menekankan penglibatan aktif pelajar dalam kegiatan amali yang berlatar belakangkan kelas KBSM. Guru pelatih dibimbing merancang dan melaksanakan pengajaran menerusi aktiviti amali seperti sesi pengajaran mikro, pengajaran makro, bengkel pembinaan alat bantu mengajar dan pengajaran sebenar di sekolah. Penerapan nilai-nilai murni dilaksanakan secara tidak langsung dalam kegiatan pengajaran pembelajaran dan menerusi aktiviti harian guru pelatih. Pensyarah dikehendaki memainkan peranan sebagai model dan sebagai pembimbing. Pembentukan sahsiah sebagai insan guru diberi penekanan dalam kurikulum KPLI. Sepanjang tempoh berkursus guru pelatih diberi elaun bulanan sebanyak RM500.00. Guru pelatih KPLI dibenar menggunakan segala kemudahan dan peralatan yang disediakan di institut/maktab masing masing.
Pages: 23 p.
Call Number: LB1727.M3.S354 1984 kat sem
Publisher: Fakulti Pendidikan , UKM,Bangi
Appears in Collections:Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.