Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/394394
Title: Development of air quality index forecasting system for Malaysia
Authors: Mohd Talib Latif
Fredolin Tagang
Liew Ju Neng
Conference Name: Seminar Pemantauan Projek Penyelidikan GUP
Keywords: Kualiti udara
Pencemaran udara
Quality index Malaysia
Conference Date: 22/01/2010
Conference Location: Universiti Kebangsaan Malaysia Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi
Abstract: Sistem peramalan kualiti udara adalah satu bidang baru yang akan cuba untuk meramal tahap pencemaran udara dan ia sangat penting terutama sekali apabila melibatkan kesan pencemaran udara terhadap kesihatan manusia. Dengan wujudnya sebuah sistem indeks peramalan kualiti udara, kita dapat mengukur kesan tahap pencemaran udara terhadap manusia. Dalam jangka masa pendek (cth: jam dan hari ) pengurangan kesan pencemaran udara terhadap kesihatan dapat dilakukan melalui pengumpulan dan penyebaran maklumat tentang keadaan pencemaran udara semasa dan ramalan untuk masa depan menggunakan indeks pencemaran udara berdasarkan stesen penunjuk, daerah atau pun kawasan-kawasan tertentu. Fenomena pencemaran udara seperti jerebu dapat dielak melalui aktiviti pembatasan atau pengawalan yang proaktif terhadap kegiatan yang boleh meningkatkan sukatan pencemaran udara melalui penghebahan menerusi media massa seperti laman web, televisyen, radio, media cetak dan lain-lain supaya orang ramai dapat mengambil langkah pencegahan awal melalui sebaran yang dilakukan. Terdapat pendekatan??-pendekatan efektif yang telah dijumpai untuk menurunkan impak pencemaran udara terhadap kesihatan. Kajian ini adalah bertujuan untuk menyediakan satu model untuk membuat peramalan kualiti udara yang mempunyai tahap ketepatan yang boleh mengurangkan kesan yang tidak dikehendaki dalam semua aspek persekitaran di Malaysia.
Pages: 391-395 p.
Call Number: Q180.55.G7 S445 2010 kat sem
Publisher: Bangi, Selangor : Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi, Universiti Kebangsaan Malaysia, 2010.,Bangi
Appears in Collections:Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.