Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/394335
Title: Pembentukan komuniti lestari di Universiti Kebangsaan Malaysia dan kampus IPT sejagat: dasar, prinsip dan pelan tindakan
Authors: Halimaton Saadiah Hashim
Conference Name: Seminar Pemantauan Projek Penyelidikan GUP
Keywords: Kelestarian
UKM
Conference Date: 22/01/2010
Conference Location: Universiti Kebangsaan Malaysia Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi
Abstract: Universiti cemerlang di peringkat dunia perlukan sebuah komuniti yang membudayakan prinsip-prinsip kelestarian dan bijak dalam menghadapi cabaran luar di peringkat negara dan dunia. Universiti-universiti terkemuka seperti Harvard, Cambridge dan Oxford mencapai kecemerlangan melalui komuniti universiti yang lestari dan cemerlang dalam pendidikan, penyelidikan dan khidmat masyarakat serta berjaya memberi sumbangan berinovasi kepada negara dan dunia. UKM juga perlukan sebuah komuniti lestari untuk melonjakkannya ke tahap yang lebih cemerlang dan melayakkannya menjadi ahli persatuan universiti-universiti lestari di dunia. Komuniti UKM seharusnya menjadi model kepada masyarakat di luar disamping mampu melahirkan para akademik, penyelidik, pengurus graduan dan warga masyarakat sejagat yang membudayakan prinsip-prinsip kelestarian serta menghasilkan pembangunan lestari. Penyelidikan yang meliputi tiga bidang kelestarian komuniti iaitu governans, kurikulum kesejahteraan insan dan komunikasi, yang diintegrasikan dengan penyelidikan pengurusan ekosistem lestari dan reka bentuk lestari, akan menghasilkan dasar, prinsip, strategi serta pelan tindakan untuk menjadikan UKM sebuah universiti yang lestari sepenuhnya selewat?? lewatnya menjelang 2020.
Pages: 827-832 p.
Call Number: Q180.55.G7 S445 2010 kat sem
Publisher: Bangi, Selangor : Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi, Universiti Kebangsaan Malaysia, 2010.,Bangi
URI: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/394335
Appears in Collections:Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.