Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/394320
Title: | Kepelbagaian, kelimpahan dan kelakuan serangga terpilih yang terdapat di ladang kelapa sawit dan kaitannya dengan perubahan cuaca |
Authors: | Faszly Rahim Idris Abd Ghani |
Conference Name: | Seminar Pemantauan Projek Penyelidikan GUP |
Keywords: | Serangga Kelapa Sawit |
Conference Date: | 22/01/2010 |
Conference Location: | Universiti Kebangsaan Malaysia Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi |
Abstract: | Produktiviti sawit sememangnya dipengaruhi perubahan cuaca terutamanya parameter hujan. Namun, produktiviti juga bergantung kepada input komuniti serangga yang terkesan secara langsung oleh taburan hujan. Projek ini dijalankan dengan tujuan untuk meneliti perubahan dinamik komuniti serangga melalui pensampelan berkala bagi mengaitkan perubahan cuaca (dinamik taburan hujan) ke atas kepelbagaian, kelimpahan dan kelakuan (corak ruang-masa) serangga. Pendekatan projek ini ialah dengan merangka beberapa rekabentuk kajian menggunakan teknik-teknik pensampelan berbeza untuk menjana data yang cukup banyak bagi melihat hubungan dinamik komuniti serangga dengan cuaca. Akhirnya nanti satu model perubahan cuaca-produktiviti dengan komuniti serangga sebagai pembolehubah penentu tersembunyi dapat dihasilkan untuk digunakan sebagai model pembangunan program pengurusan perosak dan pemonitoran kepelbagaian (IDPM). Hasil kajian setakat ini mendapati bahawa integrasi teknik pensampelan perlu dalam menjana data yang banyak. Kepelbagaian dan kelimpahan serangga berbeza di antara lokasi pensampelan dan corak ruang-masa menunjukkan pengaruh jelas taburan hujan ke atas serangga. Hasil ini memberi isyarat akan perlunya pengembangan (scale up) program pensampelan ini untuk membolehkan pemodelan dibuat dengan lebih tepat. Dengan adanya kerjasama dan kepercayaan daripada pihak pengurusan ladang, dijangkakan projek ini dapat men cetus teknik komersil dan juga pembangunan perisian pemonitoran yang kemudiannya menjadi alat bagi IDPM. |
Pages: | 730-736 p. |
Call Number: | Q180.55.G7 S445 2010 kat sem |
Publisher: | Bangi, Selangor : Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi, Universiti Kebangsaan Malaysia, 2010.,Bangi |
Appears in Collections: | Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding |
Files in This Item:
There are no files associated with this item.
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.