Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/394319
Title: | Kesan gempa bumi ke atas struktur penahan bertetulangkan geosintetik |
Authors: | Anuar Kasa Zamri Chik Mohd Raihan Taha Khairul Anuar Mohd Nayan |
Conference Name: | Seminar Pemantauan Projek Penyelidikan GUP |
Keywords: | Gempa Bumi Geosintetik |
Conference Date: | 22/01/2010 |
Conference Location: | Universiti Kebangsaan Malaysia Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi |
Abstract: | Kajian kesan gempa bumi yang berlaku di Kobe, Jepun mendapati kebanyakan struktur penahan yang mengalami keruntuhan terdiri dari tembok jenis konvensional seperti tembok graviti dan konkrit biasa. Tembok penahan bertetulangkan geosintetik didapati tidak mengalami kegagalan yang kritikal. Kebanyakannya tidak runtuh (collapse) tetapi berubah posisi secara mendatar. Secara umumnya struktur tersebut masih boleh diguna seperti biasa setelah melakukan pembaikan. Salah satu faktor penyebab utama ialah penggunaan geosintetik sebagai tetulang yang boleh menampung ubah bentuk yang besar (large deformation). Satu kajian terhadap kesan gempa bumi ke atas struktur penahan bertetulangkan geosintetik diadakan untuk mengetahui kemampuan sebenarnya menampung gegaran yang hasilkan oleh gempa bumi. Sehingga kini kajian yang terperinci belum dilakukan di Malaysia terutama sekali melibatkan tanah baki yang berjelekit (Malaysian residual soil) sebagai bahan timbus balik. Dengan adanya kajian yang terperinci ini dapat menghasilkan kaedah rekabentuk dan teknik pembinaan yang sesuai bagi struktur penahan bertetulangkan geosintetik di Malaysia. |
Pages: | 724-729 p. |
Call Number: | Q180.55.G7 S445 2010 kat sem |
Publisher: | Bangi, Selangor : Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi, Universiti Kebangsaan Malaysia, 2010.,Bangi |
Appears in Collections: | Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding |
Files in This Item:
There are no files associated with this item.
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.