Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/394315
Title: Pencarian kepada pendekatan senibina dan corak penempatan semulajadi masyarakat pribumi Semenanjung Malaysia ke arah memantapkan pembangunan seni bina lestari.
Authors: Mastor Surat
Conference Name: Seminar Pemantauan Projek Penyelidikan GUP
Keywords: Senibina
Masyarakat Pribumi
Conference Date: 22/01/2010
Conference Location: Universiti Kebangsaan Malaysia Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi
Abstract: Terdapat pelbagai suku kaum masyarakat pribumi yang menjadi sebahagian daripada rakyat Malaysia. Sebahagian besarnya masih belum mampu untuk membangunkan tamadun mereka sendiri. Bantuan dan bentuk pembangunan yang telah diberikan kepada mereka kadangkala tidak dapat membantu dalam membangunkan tamadun mereka kerana mungkin tidak menepati kehendak dan keperluan mereka. Sistem dan perundangan yang memelihara kepentingan mereka kadangkala telah membuatkan mereka alp a dan malas untuk terus berusaha. Sebagaimana masyarakat yang lain mereka juga mempunyai budaya tersendiri yang mengandungi garispanduan, pantang larang, kepercayaan dan amalan kehidupan yang mewarnai perjalanan kehidupan mereka. Budaya tersebut jugalah sebenarnya yang berperanan dalam mencorakkan gaya dan perwatakan senibina rumah kediaman dan corak penempatan setiap dari suku kaum pribumi tersebut.Kajian ini cuba untuk mengenalpasti pelbagai peluang yang boleh diperolehi dari senibina rumah kediaman dan corak perancangan yang telah mereka bangunkan bagi tujuan rekod dan kajian selanjutnya. Kajian ini juga bertujuan untuk mencadagankan garis panduan pembangunan perumahan kediaman untuk orang Asli agar bersesuaian dengan keadaan budaya serta pemikiran ruang lingkup kehidupan mereka demi kesejahteraan kehidupan mereka.
Pages: 695-699 p.
Call Number: Q180.55.G7 S445 2010 kat sem
Publisher: Program Seminar Pemantauan Projek Penyelidikan GUP 2008.,Bangi
Appears in Collections:Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.