Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/394314
Title: | Pemilihan dan aplikasi spesies tumbuhan tempatan bagi pemulihan cerun di Bukit Fraser, Pahang |
Authors: | Jumaat H. Adam |
Conference Name: | Seminar Pemantauan Projek Penyelidikan GUP |
Keywords: | Hakisan Bukit Fraser Kestabilan Cerun Pahang |
Conference Date: | 22/01/2010 |
Conference Location: | Universiti Kebangsaan Malaysia Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi |
Abstract: | Projek penyelidikan ini dijalankan di sekitar Bukit Fraser dan Pusat Penyelidikan Bukit Fraser, UKM. Tujuan kajian ini adalah untuk menentukan geologi, geomorfologi dan profil luluhawa pada cerun potongan di Bukit Fraser, menilai corak hidrologi cerun dalam mengawal kestabilan cerun, menentukan ciri-ciri tanah pada cerun bagi menentukan kesesuaiannya terhadap pertumbuhan tumbuhan dan menggunakan pendekatan bio-kejuruteraan terhadap kawalan hakisan cerun. hakisan. Projek penyelidikan ini melibatkan 3 fasa penyelidikan iaitu fasa 1 adalah tinjauan awal kaedah bio-kejuruteraan di sekitar Bukit Fraser, cerapan awal terhadap kegagalan cerun disepanjang jalan di Bukit Fraser dan fasa 3 pula adalah melibatkan aplikasi spesies-spesies tumbuhan terpilih sebagai bahan bio-kejuruteraan terhadap kawalan hakisan cerun di Pusat Penyelidikan Bukit Frase. Terdapat 3 kaedah pengawalan hakisan yang digunakan dalam penyelidikan ini iaitu menggunakan peneresan, plastik sungkupan dan jerami padi. Manakala terdapat sebelas spesies tumbuhan yang digunakan iaitu Nepenthes sp., Piper sarmentosum, Scindapsus sp., Jatropha curcas, Arundina graminifolia, Ricinus communis, Ficus deltoidea, Desmodium trijlorum, Bambusa multiplex, Pandanus odorus dan Cymbopogan citrates. Pemantauan berkala terhadap kadar pertumbuhan setiap spesies tumbuhan telah dijalankan dan mendapati bahawa spesies yang berjaya hidup dengan baik pada cerun adalah Arundina qraminifolia, Bambusa multiplex, Pandanus odorus dan Cymbopogan citrates. Kaedah kawalan hakisan menggunakan jerami padi didapati dapat mengurangkan hakisan dan juga menjadi sumber nutrien apabila terurai. Walau bagaimanapun, pertumbuhan rumpai pada cerun tetap menjadi masalah utama pada cerun. |
Pages: | 683-694 p. |
Call Number: | Q180.55.G7 S445 2010 kat sem |
Publisher: | Bangi, Selangor : Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi, Universiti Kebangsaan Malaysia, 2010.,Bangi |
Appears in Collections: | Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding |
Files in This Item:
There are no files associated with this item.
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.