Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/394299
Title: | The evaluation and development of an ontology based health information systems in Malaysian clinical practices |
Authors: | Maryati Mohd Yusof Aziz Deraman Shahrul Azman Mohd. Noah Ahmad Taufik Jamil Kamsuriah Ahmad Mohd. Azrin Zubir |
Conference Name: | Seminar Pemantauan Projek Penyelidikan GUP |
Keywords: | Perkhidmatan Kesihatan Sistem Maklumat Kesihatan |
Conference Date: | 22/01/2010 |
Conference Location: | Universiti Kebangsaan Malaysia Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi |
Abstract: | Perkhidmatan kesihatan semakin bergantung kepada penggunaan sistem maklumat kesihatan (SMK). Walaupun pembangunan dan penggunaan SMK semakin berkembang, kadar kegagalan SMK dilaporkan jauh lebih tinggi berbanding kejayaannya. Kegagalan SMK selalunya berpunca dari ketidakserasian di antara SMK, cara kerja dan persekitaran klinikal. Penilaian boleh dilakukan untuk mengkaji kegagalan SMK. Melihat kepada laporan kegagalan SMK yang tinggi dan kepentingan penilaian dalam mengkaji masalah ini, projek ini bertujuan untuk mengenalpasti dan menilai faktor kritikal bagi penerapan SMK. Hasil penilaian akan digunakan sebagai input kepada reka bentuk dan pelaksanaan SMK. Komponen penting reka bentuk merangkumi data klinikal yang menjadi asas kepada SMK. Pada masa kini, data klinikal terdapat dalam pelbagai bentuk dan format yang menyukarkan perkongsian data di antara ahli perubatan, sistem dan organisasi. Oleh itu, kajian ini juga bertujuan untuk meningkatkan keupayaan capaian rekod perubatan dan seterusnya proses pembuatan keputusan. Oleh itu, kami mencadangkan pembangunan SMK berasaskan ontologi yang terdiri daripada tiga sub projek: penilaian, rekabentuk, pelaksanaan. Sub projek penilaian melibatkan tiga aktiviti utama: kajian kesauran, penilaian, dan analisis keperluan. Ia merangkumi tiga aspek utama: teknologi (kualiti sistem, kualiti maklumat, kualiti servis); manusia (pembangunan sistem, penggunaan sistem); dan organisasi (struktur, persekitaran) untuk mendapatkan gambaran menyeluruh mengenai isu penerapan SMK di persekitaran klinikal. Sub projek reka bentuk terdiri dari tiga aktiviti utama: permodelan data, kerangka kerja integrasi, dan pembangunan ontologi. Sub projek pelaksanaan merangkumi pembangunan alat terjemahan (menterjemah sumber data kepada format semantik), alat integrasi, antara muka, dan fungsi/modul. |
Pages: | 557-563 p. |
Call Number: | Q180.55.G7 S445 2010 kat sem |
Publisher: | Bangi, Selangor : Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi, Universiti Kebangsaan Malaysia, 2010.,Bangi |
Appears in Collections: | Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding |
Files in This Item:
There are no files associated with this item.
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.