Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/394294
Title: | Pembinaan algoritma penilaian cabang pohon filogenetik yang dibangunkan dengan kaedah penganggaran MOM berdasarkan kaedah ujian cabang dalaman dan penghampiran saksama butstrap |
Authors: | Nora Muda |
Conference Name: | Seminar Pemantauan Projek Penyelidikan GUP |
Keywords: | Pohon Filogenetik |
Conference Date: | 2010 |
Conference Location: | Universiti Kebangsaan Malaysia Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi |
Abstract: | Hubungan evolusi antara organisma atau spesies boleh dikaji melalui analisis fllogenetik, dan hubungan tersebut digambarkan melalui pohon filogenetik. Terdapat 2 kaedah yang boleh digunakan untuk membentuk pohon filogenetik; iaitu kaedah berdasarkan jarak dan juga kaedah berdasarkan ciri. Kajian ini menetapkan kaedah berdasarkan jarak dan memilih kaedah UPGMA dan kaedah teguh yang berdasarkan penganggar-M terubahsuai satu langkah, MOM untuk membentuk pohon filogenetik bagi spesies yang dikaji. Perbandingan dilakukan antara kedua-dua kaedah ini dengan membuat penilaian terhadap kebolehpercayaan cabang pohon filogenetik yang terhasil. Penilaian yang biasa digunakan adalah kaedah butstrap yang menilai kebolehpercayaan cabang yang terbentuk, yang menggambarkan hubungan evolusi spesies kajian. Selain daripada kaedah ini, terdapat juga kaedah-kaedah lain dibangunkan untuk membuat penilaian, dan masih lagi diteroka kerana belum ada satu kaedah yang terbaik yang boleh diguna secara khusus. Oleh itu kajian ini juga membuat perbandingan terhadap dua kaedah penilaian iaitu kaedah ujian cabang dalaman dan kaedah penghampiran saksarna, untuk melihat kaedah mana yang terbaik yang dapat memberikan cabang pohon terbaik berdasarkan perbandingan antara kaedah UPGMA dan kaedah MOM. |
Pages: | 529-533 p. |
Call Number: | Q180.55.G7 S445 2010 kat sem |
Publisher: | Bangi, Selangor : Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi, Universiti Kebangsaan Malaysia, 2010.,Bangi |
Appears in Collections: | Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding |
Files in This Item:
There are no files associated with this item.
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.