Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/394281
Title: Kajian kesan dan adaptasi perubahan iklim terhadap sosioekonomi petani melalui model sistem penyokong keputusan pemindahan teknologi agro (DSSAT): kajian di Tg. Karang, Selangor
Authors: Mohd Ekhwan Hj Toriman
Conference Name: Seminar Pemantauan Projek Penyelidikan GUP
Keywords: Pengurusan Sawah Padi
Teknologi Agro
Tanaman Padi
Pertanian-Malaysia
Sosioekonomi
Conference Date: 22/01/2010
Conference Location: Universiti Kebangsaan Malaysia Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi
Abstract: Pengurusan sawah padi yang teratur dan varieti yang baik merupakan dua faktor utama kepada peningkatan hasil padi yang bermutu. Namun begitu, fenomena perubahan iklim yang banyak diperkatakan pada masa kini mungkin memberi kesan pemangkin kepada sektor tanaman padi terutama dari aspek geografi, musiman dan jenis serta frasa tanaman. Sifat cuaca yang tidak tetap mungkin memberi kesan negatif kepada sektor pertanian Malaysia, dan kesannya bukan sahaja dapat dilihat dari segi kemerosotan kualiti dan kuantiti hasil pertanian; ia dijangka paling signifikan dalam aspek kemerosotan sumber jangka panjang seperti kandungan air, nutrien, tanih, penyakit, organisma perosak dan sebagainya. Kajian ini bertujuan untuk menilai kesan perubahan iklim terhadap sektor pertanian padi masyarakat setempat di Integrated Agricultural Development Area(IADA), kawasan barat laut Negeri Selangor. Input data adalah melalui kajian empirikal dengan penggunaan data primer dan sekunder yang diperolehi melalui soal selidik, analisis data, kerja lapangan dan pembinaan model teknologi agro. Data-data sosioekonomi akan dikumpul dan dianalisis bagi melihat sejauh mana perubahan iklim mempengaruhi hasil tanaman per tahun setiap petani mengikut blok dan petak sawah. Sebahagian daripada data diperolehi juga digunakan: sebagai parameter membina model pengurusan melalui perisian Sistem Penyokong Keputusan Pemindahan Teknologi Agro atau DSSAT. Satu plot tiruan (artificial) berukuran 4 x 8 m telah dibina di Stesen sawah padi MARDI Tanjung Karang bagi membangun, menyelaku dan kalibarasi data di dalam model DSSAT. Model ini menyelakukan (simulasi) data hidrologi (climate mode), data fizikal tanih (soil mode), data fisiografi tanaman padi (plant mode) dan kaedah tanaman (varian mode). Kajian awal mendapati hasil tanaman padi petani di Skim Pengairan Sg Sireh, Tanjung Karang adalah turun?? naik dalam tempoh 30 tahun lalu (1975-2005). Penghasilan padi jenis MRR211 dan 219 adalah pada purata 4.0-4.8 tan per hektar melainkan tiga musim yang menunjukkan penurunan ketara hasil antara 20 %, 23.6% dan 27.3 % akibat kemarau (1986 dan 1996) dan serangan musuh tanaman (2000). Hasil kajian ini penting dan boleh dimanfaatkan oleh agensi kerajaan yang terlibat dalam perancangan dan perlaksanaan dasar serta membantu golongan usahawan petani dalam usaha meningkatkan mutu serta jumlah hasil pertanian untuk tempoh jangka panjang.
Pages: 445-450 p.
Call Number: Q180.55.G7 S445 2010 kat sem
Publisher: Bangi, Selangor : Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi, Universiti Kebangsaan Malaysia, 2010.,Bangi
URI: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/394281
Appears in Collections:Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.