Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/394267
Title: | Ensiklopedia tokoh & karya dalam tafsir dan hadis |
Authors: | Jawiah Dakir Mazlan Ibrahim Muhd. Najib Abdul Kadir Wan Nasyruddin Wan Abdullah Ahamad Asmadi Sakat Nazri Ahmad |
Conference Name: | Seminar Pemantauan Projek Penyelidikan GUP |
Keywords: | Tafsir al-Quran Hadis |
Conference Date: | 22/01/2010 |
Conference Location: | Universiti Kebangsaan Malaysia Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi |
Abstract: | Usaha penafsiran al-Quran aI-Karim bermula sejak zaman Rasulullah s.a.w lagi. Sebagai mufassir pertama, baginda s.a.w telah menafsirkan ayat-ayat tertentu yang memerlukan penjelasan. Apabila baginda s.a.w wafat, maka para sahabat pula memainkan peranan menafsirkan al-Quran kepada umat Islam. Peranan ini diteruskan oleh golongan Tabiin. Usaha menafsir al-Quran selepas tabien menjadi lebih giat sementelah wilayah kerajaan Islam menjadi semakin luas dan keperluan penafsiran al-Quran khususnya di kalangan umat Islam yang bukan berbangsa Arab menjadi lebih mendesak. Gerakan tafsir secara khususnya yang merangkumi pelbagai aliran ini bukan sahaja aktif di Tanah Arab, bahkan juga di bumi Melayu. Biografi tokoh dan karya tafsir di peringkat mutaddimun telah dibukukan dan sampai kepada generasi kini, namun di peringkat muta'akhirun (mu'asir) amat sukar ditemui lebih-Iebih lagi dalam bahasa ibunda. Kesinambungan biografi ini amat perlu dilakukan bagai menjaga dan memelihara khazanah ilmu dalam kedua-kuda bidang ini. Tujuan penyelidikan ini dilakukan adalah untuk maklumat tokoh dan karya dalam bidang tafsir dan hadis sejak dari zaman Sahabat hingga sekarang, menganalisa metodologi dalam karya tersebut dan akhirnya menghasilkan ensiklopedia tokoh dan karya tafsir dan hadis. Metodologi kajian meliputi kaedah analisis kandungan terhadap karya dalam keuda-dua bidang bagi mengumpul maklumat tentang kaedah penulisan tokoh. Pengumpulan biografi tokoh dilakukan dengan melakukan kajian lapangan, temu ramah dan rujukan kepada kitab-kitab turjamah rijal (biografi tokoh). Setakat ini, penyelidikan telah berjaya mengumpul lebih daripada 300 enteri tokoh dan karya mereka, yang dikategorikan mengikut beberapa kategori iaitu a) tokoh dari zaman Sahabat bermula zaman al- Imam Malik bin Anas, b) tokoh dari Negara-negara Arab Syiria, Jordan (kumpulan Sham) dan Mesir dan c) takoh dan karya ulama Nusantara; Indonesia, Malaysia, Thailand dan Brunei. |
Pages: | 204-207 p. |
Call Number: | Q180.55.G7 S445 2010 kat sem |
Publisher: | Bangi, Selangor : Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi, Universiti Kebangsaan Malaysia, 2010.,Bangi |
Appears in Collections: | Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding |
Files in This Item:
There are no files associated with this item.
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.