Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/394261
Title: Pembinaan P&P model berteraskan jasmani, emosi, rohani dan intelektual (Jeri) untuk pelajar pintar cerdas sekolah rendah dan menengah
Authors: Siti Fatimah Mohd Yassin
Conference Name: Seminar Pemantauan Projek Penyelidikan GUP
Keywords: Pendidikan
PERMATA Pintar
Universiti Kebangsaan Malaysia
Conference Date: 22/01/2010
Conference Location: Universiti Kebangsaan Malaysia Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi
Abstract: Penyelidikan untuk pencarian pelajar pintar cerdas di Malaysia telah dijalankan sejak Ogos 2008. Bermula dengan penyelidikan, pembangunan dan pelaksanaan ujian saringan PERMATA pintar UKMl dan UKM2 untuk program pencarian bakat dan ujian dalam talian. Seramai 339,147 pelajar berusia 9-15 tahun seluruh negara yang mengambil ujian UKMl dalam talian bermula 2 Mac hingga 30 Jun 2009 dan 4,682 telah melepasi skor kelayakan untuk menduduki ujian UKM2 dalam talian pada 10-31 ogos 2009. Seramai 405 pelajar melepasi skor kelayakan untuk mengikuti program pengayaan perkhemahan cuti sekolah PERMATA pintar 2009 pada 29 Nov - 18 Dis 2009. Program pencarian bakat dan perkhemahan ini juga dijalankan secara kajian tindakan kolaboratif. Kekuatan dari kitaran pertama tahun 2009 diperkukuhkan dan kelemahan dibuat penambahbaikan untuk 2010. Item-item dalam ujian UKMl dan UKM2 ditambah untuk mewujudkan bank soalan ujian UKMl dan UKM2. Selain itu, pelaksanaan pengurusan ujian UKMl dan UKM2 juga dibuat penambahbaikan untuk 2010. Berdasarkan post-mortem program pengayaan perkhemahan cuti sekolah pula, modul-modul sedia ada menekankan kepada aspek intelektual dan jasmani melalui aktiviti kokurikulum. Walaupun ada aspek emosi, rohani dan sosial dilaksanakan dalam modul- modul berkenaan, namun aspek ini perlu dibuat penambahbaikan untuk program 2010. Model pengajaran dan pembelajaran untuk pelajar pintar cerdas berasaskan JERIS dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan ini memerlukan beberapa kitaran lagi untuk pemantapannya.
Pages: 171-176 p.
Call Number: Q180.55.G7S445 2010 kat sem
Publisher: Bangi, Selangor : Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi, Universiti Kebangsaan Malaysia, 2010.,UKM, Bangi
Appears in Collections:Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.