Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/394250
Title: | Instrumen ekonomi untuk kawasan dilindungi |
Authors: | Redzuan Othman |
Conference Name: | Seminar Pemantauan Projek Penyelidikan GUP |
Keywords: | Taman Laut Perairan Malaysia Ekosistem Pelancongan Biodiversiti |
Conference Date: | 22/01/2010 |
Conference Location: | Universiti Kebangsaan Malaysia Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi |
Abstract: | Sejumlah lima (5) buah kawasan di perairan Malaysia telah diwartakan sebagai Taman Laut, yang terdiri daripada 40 buah pulau. Tarikan ekosistem dan biodiversiti Taman Laut telah menarik semakin ramai pelancong domestik dan antarabangsa. Pada tahun 2002 misalnya, tiga pulau Taman Laut sahaja (Pulau Redang, Pulau Payar .dan Pulau Tioman) telah dikunjungi- hampir 480,000 pelancong. Untuk memenuhi pelbagai permintaan dan keperluan pelancong, pelbagai pembangunan infrastruktur telah dilakukan di Taman Laut ini. Pembangunan kegiatan pelancongan ini turut memberi kesan positif kepada kegiatan ekonomi komersial di Taman Laut berkenaan. Peningkatan bilangan pelancong serta aktiviti pelancongan turut memberi kesan negatif kepada guna sumber dan kesan pencemaran. Misalnya, bahan buangan oleh industri pembinaan, pertambahan occupants dan aktiviti pelancongan secara tidak terurus boleh mendatangkan kesan negatif kepada persekitaran marin (terumbu karang dan hidupan marin) yang amat sensitif kepada bahan buangan ini. Oleh itu, adalah menarik untuk dikaji sejauhmana potensi instrumen ekonomi boleh digunapakai untuk mengurus sisa buangan secara efisyen yang telah diberi penekanan oleh kerajaan sejak RMK-7 lagi. Namun, sehingga kini tidak banyak kajian dijalankan tentang potensi penggunaan instrumen ekonomi dalam pengurusan alam sekitar di negara ini. Pelbagai Insentif pelaburan untuk industri pelancongan telah diperkenalkan oleh kerajaan pada 1996 (contoh, elaun bangunan, pemotongan dan pengecualian cukai). Insentif ini telah berjaya merangsang pembangunan industri pelancongan negara. Walau bagaimanapun, tidak banyak diketahui sama ada insentif ini menggalakkan pengembangan industri pelancongan, turut menjejaskan kualiti sumber yang menjadi asas tarikan kepada pelancongan, khususnya pelancongan eko. Justeru, dalam jangka panjang dikhuatiri pembangunan pelancongan eko tidak dapat dilestarikan. Isu penting yang akan dikaji ialah sejauhmana insentif pelaburan di atas telah menjejaskan kualiti sumber-sumber merin yang menjadi tunggak kepada pelancongan Taman Laut. Penubuhan taman laut pada asasnya bertujuan untuk pengekalan sumber marin, di samping membolehkan aktiviti penyelidikan, pendidikan dan rekreasi ekologi. Namun, penubuhan taman laut ini telah mengubah corak pekerjaan masyarakat tempatan (penduduk pulau) yang secara tradisinya sebagai nelayan. Mereka yang pernah terbabit dalam kegiatan penangkapan ikan terpaksa mencari peluang pekerjaan baru yang memerlukan kemahiran tertentu dalam industri pelancongan. Tidak banyak diketahui sejauhmana penduduk tempatan telah berupaya menyesuaikan diri dengan persekitaran yang baru. Adakah mereka berjaya memperoleh faedah daripada peluang pekerjaan baru atau terpinggir oleh pihak luar? |
Pages: | 90-98 p. |
Call Number: | Q180.55.G7 S445 2010 kat sem |
Publisher: | Bangi, Selangor : Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi, Universiti Kebangsaan Malaysia, 2010.,Bangi |
Appears in Collections: | Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding |
Files in This Item:
There are no files associated with this item.
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.