Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/394246
Title: External tax for companies in Malaysia
Authors: Zakiah Muhammaddun Mohamed
Norsiah Ahmad
Takiah Mohd Iskandar
Mustafa Mohd Hanefah
Conference Name: Seminar Pemantauan Projek Penyelidikan GUP
Keywords: Audit Cukai Luaran
Sistem Percukaian Negara
Conference Date: 22/01/2010
Conference Location: Universiti Kebangsaan Malaysia Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi
Abstract: Kajian ini bertujuan untuk menyelidik tentang keperluan audit cukai luaran kepada pihak penguasa cukai bagi meningkatkan kecekapan pentadbiran, membendung aktiviti pelarian cukai dan seterusnya mengembalikan serta meningkatkan hasil kerajaan melalui kutipan cukai yang lebih telus dan menyeluruh. Di samping itu, kajian ini juga ingin mendapatkan maklum balas pihak-pihak berkepentingan jika audit cukai luaran dilaksanakan ke atas mereka kelak. Ini bagi memastikan ianya tidak akan membebankan mana-mana pihak dan bagi mempertahankan prinsip keadilan yang mendasari sistem percukaian negara. Audit cukai luaran merujuk kepada aktiviti pengauditan cukai korporat yang dilakukan oleh pihak selain daripada LHDN. Audit cukai luaran telah diamalkan di beberapa negara seperti Amerika Syarikat, Taiwan dan Bangladesh dan terbukti berkesan bagi meningkatkan pematuhan. Audit cukai yang dijalankan oleh juruaudit luar dijangka dapat membantu mengurangkan beban kerja pegawai penguasa audit cukai dan membantu syarikat untuk memenuhi tanggungjawab cukai mereka. Di Malaysia, audit cukai yang dijalankan oleh pegawai penguasa audit cukai menjadi kaedah utama apabila berlakunya perubahan dalam sistem percukaian yang membawa kepada pelaksanaan Sistem Taksir Sendiri (STS). Audit cukai diperlukan untuk menggalakkan pematuhan secara sukarela oleh pembayar cukai. Walaubagaimanapun, audit yang diamalkan sekarang , mungkin belum mencukupi untuk mencegah pelarian dan ketidakpatuhan cukai. Kekangan yang dihadapi oleh pihak penguasa cukai seperti kekurangan tenaga kerja dan masa yang diperlukan untuk mengaudit menjadikan hanya sebilangan kecil pembayar cukai dapat diaudit. Oleh itu, kajian ini cuba untuk menilai keperluan pelaksanaan audit cukai luaran di Malaysia dengan mengambilkira pandangan daripada pelbagai pihak berkepentingan seperti pembayar cukai korporat, pihak penguasa cukai dan agen cukai.
Pages: 68-79 p.
Call Number: Q180.55.G7 S445 2010 kat sem
Publisher: Bangi, Selangor : Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi, Universiti Kebangsaan Malaysia, 2010.,Bangi
Appears in Collections:Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.