Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/394238
Title: | Pasar Islam: sebuah model masyarakat ekonomi Madani kajian menerusi al-quran, hadis dan pasar pada masa Khulafaurrasyidin |
Authors: | Suwandi Muhammad Hakirni Mohd Shafiai Wan Nasyrudin Wan Abdullah |
Conference Name: | Persidangan Kebangsaaan Ekonomi dan Kewangan Islam Ke-3 = Prosiding The 3rd Conference on Malaysian Islamic Economic And Finance (CMIEF) |
Keywords: | Pasar Islam Khulafaurrasyidin Ekonomi Islam Masyarakat Madani |
Conference Date: | 24/08/2016 |
Conference Location: | Kuala Lumpur |
Abstract: | Pasar pertama umat Islam yang didirikan oleh Rasulullah S.A.W dan para sahabat setelah membangun masjid Nabawi ialah pasar Suqul Anshar yang berada di Madinah. Pada zaman Khulafaurrasyidin pembangunan masjid sentiasa diiringin dengan membangun pasar ini menunjukkan betapa pasar memiliki erti penting bagi Islam. Pasar pada masa Rasulullah S.A.W dan Khulafaurrasyidin dibangun dan diatur seratus-peratus berdasarkan ajaran Islam. Dimana semua orang bebas memasuki pasar tanpa ada halangan, tidak dikenakan pajak, sewa, dan biaya lainnya sehingga pasar Islam lebih memiliki kemampuan bersaing secara sehat daripada pasar lain. Mekanisme pasar Islam ialah mekanisme pasar bebas dimana pemerintah tidak turut campur dalam menentukan harga pasaran namun pemerintah disini berperanan sebagai pengawas pasaran (al-muhtashib) bagi memastikan tidak berlakunya gangguan di pasaran seperti Ikhtisar, tadlis, dan distorsi pasar lainnya. Struktur pasaran Islam ialah pasaran persaingan sempuma (PPS) dimana harga ditentukan oleh kekuatan penawaran (supply) dan permintaan (demand). PPS yang berlaku secara adil dan berkesimbangan sesuai syariat Islam telah membawa masyarakat Islam pada masa Rasulullah S.A.W dan Khulafaurrasyidin kepada masyarakat yang maju, sejahtera, dan bahagia zahir batin sehingga banyak yang menyebut keadaan ini sebagai contoh Masyarakat Madani (Civil Society). Struktur dan mekanisme pasaran mengikut Islam ini amatlah sesuai untuk diamalkan oleh pemerintah dan umat Islam masa kini bagi mengembalikan masyarakat Islam kepada masyarakat yang madani. |
Pages: | 414-431 p. |
Call Number: | HG3300.6.A6 K436 2016 kat sem |
Publisher: | Bangi, Selangor : Pusat Penyelidikan Ekonomi dan Kewangan Islam (EKONIS-UKM), 2016.,Bangi |
Appears in Collections: | Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding |
Files in This Item:
There are no files associated with this item.
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.