Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/394235
Title: | Tingkah laku perancangan persaraan dan isu caruman KWSP pekerja sektor swasta di Melaka |
Authors: | Nurul Fariha Jamaludin Suhaili Alma'amun Hairunnizam Wahid |
Conference Name: | Persidangan Kebangsaaan Ekonomi dan Kewangan Islam Ke-3 = Prosiding The 3rd Conference on Malaysian Islamic Economic And Finance (CMIEF) |
Keywords: | Perancangan persaraan Caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) |
Conference Date: | 24/08/2016 |
Conference Location: | Kuala Lumpur |
Abstract: | Perancangan persaraan yang baik adalah penting untuk semua bakal pesara. Kelewatan dan kekurangan ilmu pengetahuan akan menyebabkan tempoh persaraan akan menjadi satu bebanan kepada bakal pesara. Kajian ini bertujuan untuk melihat tingkah laku perancangan persaraan dan isu caruman KWSP pekerja sektor swasta. Kaedah persampelan tujuan (purposive sampling) digunakan dan borang soal selidik diedarkan secara atas talian. Hanya pekerja sektor swasta di Melaka sahaja dipilih di dalam kajian ini. Sebanyak 230 orang responden menjawab soal selidik bermula dari bulan April 2016 hingga Mei 2016. Kajian ini menggunakan analisis deskriptif dan khi-kuasa dua. Keputusan kajian menunjukkan hanya literasi kewangan dan sikap terhadap perancangan persaraan sahaja yang menyumbang kepada amalan perancangan persaraan. Manakala pengetahuan pula menunjukkan keputusan yang sebaliknya. Berkaitan dengan isu caruman KWSP pula, dapat dilihat bahawa majoriti responden yang mengekalkan caruman KWSP memberi alasan kerana tidak mahu menjejaskan wang simpanan persaraan mereka. Manakala responden yang membuat pilihan untuk mengurangkan caruman KWSP memberi alasan kerana terdapat altematif lain yang memberi peluang pelaburan yang lebih tinggi. |
Pages: | 381-393 p. |
Call Number: | HG3300.6.A6 K436 2016 kat sem |
Publisher: | Bangi, Selangor : Pusat Penyelidikan Ekonomi dan Kewangan Islam (EKONIS-UKM), 2016.,Bangi |
Appears in Collections: | Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding |
Files in This Item:
There are no files associated with this item.
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.