Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/394208
Title: Aplikasi konsep istibdal ke arah penjanaan dana wakaf oleh Perbadanan Wakaf Selangor
Authors: Afiffudin Mohammed Noor
Che Zuina Ismail
Conference Name: Persidangan Kebangsaaan Ekonomi dan Kewangan Islam Ke-3 = Prosiding The 3rd Conference on Malaysian Islamic Economic And Finance (CMIEF)
Keywords: Wakaf
Istibdal
Conference Date: 24/08/2016
Conference Location: Kuala Lumpur
Abstract: Artikel ini menganalisis kaedah istibdal yang dilaksanakan oleh Perbadanan Wakaf Selangor terhadap harta wakaf yang tidak ekonomik serta tidak mampu menghasilkan dana bagi pembangunan harta wakaf di Negeri Selangor. Penulisan ini berpandukan kepada dua metodologi utama iaitu metod pengumpulan data dan metod analisis data. Proses pengumpulan data dilakukan menerusi metod temubual dengan mengadakan sesi temubual bersama seorang responden yang berautoriti bagi mendapatkan maklumat berkenaan pelaksanaan istibdal di Negeri Selangor. Setelah itu hasil temubual dianalisis dengan kaedah analisis kandungan terhadap jawapan temubual tersebut. Metod ini juga digunakan bagi menganalisis dokumen bertulis yang diperolehi daripada pihak Perbadanan Wakaf Selangor bagi mendapatkan maklumat terperinci terhadap pelaksanaan istibdal. Hasil analisis mendapati bahawa pihak Perbadanan Wakaf Selangor sedang merancang satu pembangunan berbentuk kawasan kediaman yang terdiri daripada premis perniagaan serta rumah kediaman hasil daripada konsep istibdal yang dilaksanakan bagi menjana ekonomi dan dana wakaf Perbadanan Wakaf Selangor. Bentuk pembangunan yang dirancang ini juga dilihat mampu memberikan manfaat kepada ummah khususnya masyarakat di Negeri Selangor.
Pages: 1-7 p.
Call Number: HG3300.6.A6 K436 2016 kat sem
Publisher: Bangi, Selangor : Pusat Penyelidikan Ekonomi dan Kewangan Islam (EKONIS-UKM), 2016.,Bangi, Selangor
Appears in Collections:Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.