Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/394073
Title: Strategi pelaksanaan metakognitif dalam bacaan teks Bahasa Iban.
Authors: Pati Alap
Conference Name: Seminar Pascasiswazah Pendidikan Bahasa Melayu & Pendidikan Kesusasteraan Melayu Kali Keempat
Keywords: Bahasa Iban
Conference Date: 05/03/2015
Conference Location: IPG Kampus Batu Lintang Sarawak
Abstract: Kajian ini dilaksanakan untuk mengenal pasti strategi metakognitif dalam membaca bagi murid Tahap 1 sekolah rendah. Kajian ini membandingkan strategi metakognitif yang digunakan dalam membaca teks bahasa Iban. Kajian ini menggunakan kaedah tinjauan, pemerhatian dan temu bual. Tiga set intrumen digunakan bagi mengumpul data, (i) teks bacaan bahasa Iban, (ii) soalan kefahaman dan (iii) satu set inventori strategi MARSI (Metacognitive Awareness Reading Strategies Inventory) mengandungi 30 item bagi mengukur strategi pembacaan metakognitif. Seramai 50 orang murid tahap satu sekolah rendah dijadikan sebagai sampel dalam kajian ini. Selain daripada itu, pengkaji turut menjalankan pemerhatian dan temu bual terhadap tiga sampel yang dipilih. Dapatan kajian telah menunjukkan bahawa tahap pemahaman murid semasa membaca teks bahasa Iban lebih baik lagi. Dapatan juga menunjukkan bahawa strategi metakognitif lebih kerap digunakan semasa membaca teks bahasa Iban. Strategi penyelesaian masalah merupakan strategi yang paling kerap digunakan semasa membaca teks bahasa Iban. Strategi ini juga telah mempengaruhi pencapaian markah ujian pemahaman bagi teks bacaan bahasa Iban. Secara keseluruhannya, didapati sampel kajian menggunakan strategi metakognitif dalam bacaan mereka pada tahap yang sangat memuaskan.
Pages: 247-260 p.
Call Number: PL5103.P744 2015 kat sem
Publisher: Bangi : Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, 2015.
URI: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/394073
Appears in Collections:Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.