Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/394068
Title: | Faktor budaya yang mempengaruhi strategi pembelajaran bahasa Melayu pelajar asing di IPT Malaysia. |
Authors: | Sharala A/P Subramaniam Zamri Mahamod Siti Saniah Abu Bakar |
Conference Name: | Seminar Pascasiswazah Pendidikan Bahasa Melayu & Pendidikan Kesusasteraan Melayu Kali Keempat |
Keywords: | Budaya Bahasa Melayu |
Conference Date: | 05/03/2015 |
Conference Location: | IPG Kampus Batu Lintang Sarawak |
Abstract: | Kajian ini memerihalkan pengaruh budaya dalam strategi pembelajaran bahasa Melayu untuk penutur asing. Tujuan kajian ini ialah untuk mengenal pasti faktor budaya yang mempengaruhi strategi pembelajaran bahasa Melayu pelajar asing berdasarkan negara asal mereka. Kaedah kuantitatif berbentuk kajian kes digunakan bagi menjawab soalan kajian. Instrumen soal selidik digunakan bagi mengumpulkan data. Seramai 300 orang pelajar asing yang mewakili enam buah negara telah dipilih sebagai responden kajian. Data soal selidik dianalisis untuk menjawab soalan kajian. Dapatan kajian menunjukkan bahawa faktor budaya yang mempengaruhi strategi pembelajaran bahasa Melayu pelajar asing berdasarkan negara Nigeria, Indonesia, Iraq dan Libya ialah memberi sepenuh perhatian semasa guru mengajar di dalam kelas. Faktor budaya yang mempengaruhi strategi pembelajaran bahasa Melayu pelajar China pula menggunakan strategi mendengar dengan teliti cara guru bertutur dalam bahasa Melayu semasa pembelajaran berlangsung, manakala faktor budaya yang mempengaruhi strategi pembelajaran bahasa Melayu pelajar Iran pula melibatkan diri dengan aktiviti kelas secara aktif. |
Pages: | 145-158 p. |
Call Number: | PL5103.P744 2015 kat sem |
Publisher: | Bangi : Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, 2015. |
Appears in Collections: | Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding |
Files in This Item:
There are no files associated with this item.
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.