Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/394063
Title: Pelaksanaan program i-Think dalam pembelajaran Komsas di sekolah menengah.
Authors: Rahimah Sabtu
Zamri Mahamod
Conference Name: Seminar Pascasiswazah Pendidikan Bahasa Melayu & Pendidikan Kesusasteraan Melayu Kali Keempat
Keywords: Program i-Think
Bahasa Melayu
Conference Date: 05/03/2015
Conference Location: IPG Kampus Batu Lintang Sarawak
Abstract: Kertas konsep ini membincangkan pelaksanaan program i-Think dalam pembelajaran Komponen Sastera dalam Bahasa Melayu (Komsas) di sekolah menengah. Walaupun Komsas hanya melibatkan penguasaan kemahiran bahasa yang kelihatannya agak mudah untuk dikuasai, namun masih terdapat beberapa isu yang dianggap boleh mengganggu keberkesanan dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P). Program i-Think merupakan satu program untuk mempertingkatkan dan membudayakan kemahiran berfikir dalam proses pembelajaran ke arah menghasilkan murid berfikiran kreatif dan kritis. Program i???Think yang diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bertujuan untuk melahirkan modal insan masa hadapan yang mempunyai daya pemikiran yang kreatif, kritis dan inovatif serta berdaya saing. Pelaksanaan program i-Think adalah inisiatif berterusan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk merealisasikan hasrat bagi menghasilkan murid-murid yang mampu menguasai kemahiran berfikir dan proses berfikir yang berkesan pada tahap tinggi. Jadi, persoalannya bagaimanakah program i-Think mampu meningkatkan kejayaan dan kecemerlangan murid dalam mempelajari Komsas? Kertas konsep ini juga akan membincangkan sejauhmana guru dan murid akan menggunakan alat berfikir dalam proses pembelajaran Komsas di samping melaksanakan aktiviti kemahiran aras tinggi agar kualiti pendidikan di Malaysia setanding dengan negara luar.
Pages: 65-76 p.
Call Number: PL5103.P744 2015 kat sem
Publisher: Bangi : Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, 2015.,Bangi
Appears in Collections:Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.