Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/394060
Title: Persepsi guru Bahasa Melayu sekolah menengah terhadap kemahiran berfikir aras tinggi dalam pengajaran dan pembelajaran
Authors: Nor Hasmaliza Hasan
Zamri Mahamod
Conference Name: Seminar Pascasiswazah Pendidikan Bahasa Melayu & Pendidikan Kesusasteraan Melayu Kali Keempat
Keywords: Bahasa Melayu
Kemahiran Berfikir Aras TinggiKBAT
Conference Date: 05/03/2015
Conference Location: IPG Kampus Batu Lintang Sarawak
Abstract: Kajian ini bertujuan untuk meninjau persepsi guru bahasa Melayu di sekolah menengah harian di daerah Kuala Terengganu terhadap pelaksanaan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) iaitu dari segi aspek pemahaman, pengetahuan, pelaksanaan KBAT dalam pengajaran, sikap dan penilaian. Seramai 226 orang guru bahasa Melayu yang mengajar di 15 buah sekolah menengah harian daerah Kuala Terengganu telah dipilih sebagai sampel kajian. Kajian ini menggunakan kaedah tinjauan dengan menggunakan borang kaji selidik sebagai alat instrumen kajian. Data dianalisis menggunakan Statistical Package ForScience Social (SPSS) versi 19.0 untuk pemerihalan data deskriptif dan inferensi. Statistik deskriptif digunakan untuk melihat min, sisihan piawai, kekerapan dan peratusan. Statistik inferensi melibatkan ujian Mean-Whitney U, Ujian-t dan ujian ANOVA bagi menjawab kesemua hipotesis kajian. Dapatan kajian menunjukkan bahawa nilai purata min bagi tahap pemahaman (min = 3.35) guru bahasa Melavu tentang KBAT berada pada tahap yang sederhana. Sementara empat lagi aspek yang dikaji iaitu tahap pengetahuan (min = 3.58), tahap pelaksanaan KBAT dalam pengajaran (min = 3.58), tahap sikap (min = 3.61) dan tahap penilaian (min = 3.57) guru bahasa Melayu terhadap KBAT menunjukkan nilai purata min berada pada tahap yang tinggi. Selain itu, dapatan kajian turut menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan (p < 0.05) bagi dua aspek iaitu pengetahuan guru bahasa Melayu tentang KBAT dan pelaksanaan KBAT dalam pengajaran guru bahasa Melayu yang dipengaruhi oleh faktor tingkatan yang diajar. Hasil dapatan kajian mendapati guru-guru bahasa Melayu memberikan respon yang positif terhadap pelaksanaan KBAT. Oleh itu, dapatan kajian ini penting bagi melihat kesediaan dan penerimaan guru bahasa Melayu terhadap pelaksanaan KBAT di samping memberikan maklumat awal kepada pihak-pihak yang terlibat seperti Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi membantu guru menerapkan KBAT dalam pengajaran khususnya dalam mata pengajaran bahasa Melayu.,-
Pages: 25-56 p.
Call Number: PL5103.P744 2015 kat sem
Publisher: Bangi : Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, 2015.,Bangi
Appears in Collections:Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.